Disyaki tertekan akibat bercerai, anak bunuh ibu di Tambunan
Lelaki direman tujuh hari selepas disyaki membunuh ibu kandung menggunakan pisau akibat tertekan melalui penceraian dalam kejadian di Kampung Katagayan, Tambunan, Sabah, semalam.
Ketua Polis Keningau Erwansyah Abdul Basir, berkata siasatan awal mendapati suspek berusia 31 tahun itu baru bercerai dengan isterinya dan dipercayai berdepan tekanan.
“Senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu adalah pisau dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca sebenar perselisihan faham antara suspek dan mangsa.
“Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, beberapa barangan kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian turut dirampas selepas pasukan penyiasat dan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi.
Mangsa berusia 56 tahun ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, pada 2 petang semalam.
Anak mangsa yang disyaki kemudian ditahan penduduk kampung di sebuah pondok di Kampung Sukung, sebelum dibawa ke Balai Polis Tambunan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.