ESPNMessi marks tearful Argentina farewell with goal: Wish I could play foreverInquirerPNP seizes P37.1M in smuggled cigarettes in MimaropaThe Jerusalem Post'The picture of manpower': IDF reports defense accomplishments three years into warPunchUS Army to execute Texas military base shooter by firing squadCNN Türk7 EKİM HAVA DURUMU TAHMİNLERİ: İl il hava durumu listesi! Meteoroloji'den toz taşınımı ve sağanak yağış uyarısı!RTP DesportoCarlos Padrão desdramatiza tensão entre Jesus e RonaldoUOLCalor extremo eleva risco de parto prematuro, mas gestantes estão fora de projetos de adaptação climáticaCNN بالعربيةدبي على خريطة الطهي العالمية.. أبرز ما جاء في دليل ميشلان 2026Wirtualna PolskaKto wygra w Krakowie? Gibała: Będzie na żyletkiIl Sole 24 OreVoto anticipato, nel centrodestra partita aperta ma il boccino è in mano a MeloniGMA NewsDOH monitoring reported 'plague' in Russia7sur7Mission accomplie pour Serge Pauwels et la Belgique? “Il y a dix ans, on aurait signé pour un tel bilan”
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 7, 2026

Kesuma lancar garis panduan permit masuk bagi keluarga penerima REP

Translate

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi TalentCorp melancarkan garis panduan permohonan permit masuk bagi pasangan warga asing dan anak kepada penerima Returning Expert Programme (REP).

Garis panduan dibangunkan bersama Imigresen itu bertujuan memberi rujukan lebih jelas kepada profesional Malaysia di luar negara yang mempertimbangkan untuk pulang bersama keluarga.

Ia merangkumi syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan tatacara permohonan bagi pasangan warga asing serta anak kandung berumur bawah 18 tahun.

Pasangan dan anak yang memperoleh Permit Masuk boleh memohon taraf pemastautin tetap (PR), tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata keputusan profesional Malaysia untuk kembali ke tanah air bukan hanya bergantung kepada pekerjaan atau gaji, tetapi turut mengambil kira masa depan keluarga.

“Bagi ramai profesional, keputusan itu turut melibatkan pasangan, anak-anak dan masa depan keluarga.

“Garis panduan ini memberikan kejelasan yang lebih baik kepada keluarga penerima REP supaya mereka yang mempertimbangkan untuk kembali dapat merancang kepulangan bersama keluarga dengan lebih yakin,” katanya.

Garis panduan itu dilancarkan sempena program Salam Dari Malaysia @ Jakarta semalam, yang menghimpunkan komuniti bakat Malaysia di Indonesia.

Ramanan berkata pengalaman rakyat Malaysia dalam pasaran dan industri antarabangsa boleh membantu negara membina keupayaan, memperluas jaringan ekonomi serta memenuhi keperluan bakat dalam industri bernilai tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp Biruntha Mooruthi pula berkata rakyat Malaysia di Indonesia mempunyai kelebihan kerana memahami kedua-dua pasaran dan boleh menyumbang melalui industri, pementoran, perkongsian ilmu serta peluang perniagaan.

Usaha itu dilaksanakan menerusi inisiatif Malaysia@Heart (MyHeart), termasuk MyHeart Global Connect, yang menghubungkan kepakaran dan jaringan rakyat Malaysia di luar negara dengan keperluan pembangunan bakat negara.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.