וואלהמתקפת כטב"ם גרמה נזק למתקן תעשייתי ברוסיהInquirerEasterlies to affect N. Luzon; localized thunderstorms to prevail over PHThe Jerusalem PostTrusting your audience: What NAZA could learn from Fauda's latest season - editorial한겨레내년 한부모가족 지원 대상 1만3천명 늘어난다CNN TürkSeferihisar Belediyesi'nde ‘rüşvet’ soruşturması; 47 şüpheli adliye sevk edildiSözcüİstanbul'da zehir tacirlerine operasyon: Kilo kilo uyuşturucu ele geçirildiESPN DeportesDodgers vence a Reds y asegura boleto a playoffs igualando récordSBS 뉴스권익위 "옥외광고물 빛방사 기준 적용 지역·조명기구 확대해야"Observador DesportoEscolas em Lisboa alargam turmas para acolher alunos sem ...Daily MailNewlyweds Zendaya and Tom Holland look loved-up as they flash their wedding rings at Emmys 2026 after surprise nuptialsسكاي نيوز عربيةليست مجرد جبال.. لماذا قد تغير كهبوب معادلة باب المندب؟The Hollywood ReporterEmmy Awards Snubs and Surprises: ‘Hacks’ Comes Up Short; John Oliver Shut Out; Allison Janney Scores Unexpected ‘Diplomat’ Win
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Penyatuan ummah perlu diperluas luar PAS, Umno, kata Tuan Ibrahim

Translate

PAS dan Umno perlu meluaskan muafakat penyatuan ummah merangkumi pelbagai pihak lain dan tidak mengehadkannya kepada kerjasama dua parti itu semata-mata, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua parti itu merupakan kekuatan utama politik Melayu-Islam yang menjadi paksi agenda berkenaan, pembatasan penyatuan kepada PAS dan Umno semata-mata berisiko meminggirkan kelompok lain yang turut mempunyai peranan dalam masyarakat.

Menurutnya, perubahan landskap politik tanah air dan pertambahan pengundi muda menuntut pembentukan kerangka atau gabungan politik baharu yang lebih inklusif serta mampu menawarkan penyelesaian kepada persoalan masa depan.

“Generasi muda tidak semestinya terikat dengan sejarah serta percaturan politik generasi terdahulu.

“Mereka mahu melihat penyelesaian terhadap persoalan masa depan, bukannya sekadar mengulangi pertikaian masa lalu,” katanya dalam kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata, perbezaan sejarah, pendekatan dan agenda politik antara parti tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada penyatuan, sebaliknya perlu diurus dengan kebijaksanaan tanpa mana-mana pihak mengorbankan identiti masing-masing.

Tambahnya, kerangka baharu itu perlu berani menangani isu-isu utama negara seperti politik perkauman melampau, kelemahan perpaduan nasional, rasuah, salah guna kuasa serta penguasaan kartel.

Selepas menjalinkan kerjasama di PRN Johor dan Negeri Sembilan, Umno dan PAS menjadikan isu menyatukan orang Melayu bagi mempertahankan kuasa politik mereka sebagai tumpuan utama kempen menjelang PRU16.

Bagaimanapun, Pada Perhimpunan Agung Umno hujung minggu lalu, Ketua Penerangan Umno Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin dilaporkan berkata Umno Kedah mahu memulakan perbincangan kerjasama politik dengan PAS menjelang PRU16, tetapi bukan dengan Perikatan Nasional, dengan merujuk kewujudan ‘parti kucing’ dalam gabungan itu.

Beliau tidak menamakan parti terbabit.

Pada perhimpunan itu juga, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata sayap itu bersedia menyambut seruan Pemuda PAS untuk mengadakan Himpunan Mega Penyatuan Ummah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.