Wanita hilang 3 hari ditemui maut bersama kenalan lelaki dalam kereta

Mayat seorang lelaki dan wanita ditemukan di dalam kereta di Taman Inang Sari, Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Ketua Polis Alor Gajah, Ahmad Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan penemuan.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga siasatan penuh selesai.
“Maklumat lanjut termasuk identiti mangsa dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.