ESPN DeportesBetts abre juego con jonrón ante San Franciscoוואלהגבר כבן 30 נפצע קשה באירוע אלימות בבת יםThe Jerusalem PostEngolement: Once you find your inner golem, life in the shtetl will never be the same - reviewInquirer2 ex-drug convicts, pal allegedly yield P592,000 worth of shabu in LucenaInquirer EntertainmentJopay Paguia brings up 2025 remark dismissing ‘rivalry’ with Rochelle Pangilinan中国新闻网共享3.0机遇,中国开放红利持续释放SportstarWhat is the new suit Keely Hodgkinson wore while winning Athlos 800m?Wirtualna PolskaDziało się w nocy. Drony nad lotniskiem, wstrzymano loty w LuksemburguNew Straits TimesContractor loses nearly RM150,000 in bogus cryptocurrency investment scamGlobal NewsB.C. family rescues exhausted baby bear swimming in Okanagan Lakeالنهارترتيبات أمنية لساحل ليبيا الغربي... من يملك قرار التنفيذ؟Lenta.ruАрабский военкор рассказал об изменении уровня жизни в Донбассе
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 19, 2026

Latar belakang sosioekonomi keluarga ‘pengaruh besar’ terhadap Pisa, kata PAGE

Translate

Sebuah kumpulan ibu bapa berkata keputusan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2025 bagi Malaysia menonjolkan kaitan kukuh antara latar belakang sosioekonomi pelajar dengan prestasi akademik mereka.

Pengerusi Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, berkata keputusan subjek sains menunjukkan jurang 82 mata antara pelajar daripada latar belakang sosioekonomi 25% teratas dengan 25% terbawah — perbezaan yang bersamaan dengan tempoh persekolahan hampir tiga tahun.

“Ini isu mobiliti sosial dan ia menunjukkan latar belakang keluarga masih mempunyai pengaruh besar terhadap pencapaian murid,” katanya ketika menjadi tetamu dalam episod audio siar ‘Keluar Sekejap’ semalam.

“Jadi, sekolah sepatutnya menjadi tempat yang mengurangkan jurang yang dibawa oleh seorang anak dari rumah, bukan tempat jurang itu semakin jelas.

“Sebab itu intervensi perlu lebih tertumpu kepada murid dan sekolah yang paling memerlukan sokongan, bukannya pendekatan seragam untuk semua pihak.”

Noor Azimah menjawab soalan daripada hos Khairy Jamaluddin berhubung jurang semakin lebar antara sekolah bandar di kawasan lebih berada dengan sekolah luar bandar, di mana pelajarnya datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Bekas menteri itu berkata, jurang 82 mata dalam skor sains menunjukkan perbezaan “agak besar” antara sekolah di kawasan bandar atau kawasan lebih berada dengan kawasan pedalaman yang disifatkannya membimbangkan.

Noor Azimah dan Khairy senada, dapatan Pisa 2025 menunjukkan isu pendidikan negara tidak boleh diselesaikan melalui reformasi kurikulum semata-mata.

Sebaliknya, mereka mengaitkan faktor di peringkat bilik darjah – termasuk beban kerja guru, tugas pentadbiran dan kualiti interaksi guru serta pelajar sebagai punca utama ketidaksamaan hasil pembelajaran berbanding kandungan sukatan pelajaran itu sendiri.

Prestasi pelajar Malaysia dalam ujian sains Pisa 2025 meningkat tiga mata kepada 419. Skor bagi kemahiran membaca meningkat lima mata kepada 393, manakala skor matematik pula merosot 11 mata kepada 397, meneruskan trend penurunan yang dicatatkan dalam penilaian 2018 dan 2022.

Dikendalikan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Pisa ialah tinjauan tiga tahun sekali terhadap pelajar berusia 15 tahun bagi menilai penguasaan mereka terhadap pengetahuan dan kemahiran utama yang diperlukan untuk penyertaan penuh dalam masyarakat.

Hanya 35% pelajar Malaysia mencapai tahap penguasaan asas dalam matematik; ini bermakna hampir dua pertiga daripada mereka tidak dapat mengaplikasikan penaakulan matematik asas secara berkesan bagi menyelesaikan masalah dunia sebenar.

Khairy turut mengetengahkan satu paradoks dalam keputusan Pisa 2025: walaupun skor matematik merosot, pelajar Malaysia menunjukkan prestasi lebih baik daripada jangkaan dalam aspek penyelesaian masalah berkomputer.

“Yang menarik ialah 82.6% murid Malaysia berprestasi lebih tinggi daripada yang dijangka dan antara yang tertinggi dalam Pisa, enam teratas,” kata Azimah.

“Jadi, ini memberi petunjuk bahawa anak-anak kita mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri menggunakan sumber dan menyelesaikan masalah apabila konteks pembelajaran berbeza.

“Jadi persoalannya ialah mengapa kekuatan itu tidak diterjemahkan kepada penguasaan matematik asas? Sekali lagi, mungkin kita perlu melihat bagaimana kita mengajar, bukan hanya apa yang kita ajar.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.