ESPN'He likes the moment': Jackson Chourio was made for OctoberBollywood HungamaEXCLUSIVE: Rajiv Rai CLARIFIES Mohra’s Diwali re-release plans: “I’m NOT coming against Ramayana”; reveals why Akshay Kumar-Suniel Shetty starrer won't release in multiplexesThe Jerusalem PostStorm threatens flash floods, road closures in south as Israelis head to pollsCNN TürkBahçelievler'de çökme riski oluşan 2 apartman boşaltıldıInquirerNortheasterly winds to bring light rain to northern Luzon TuesdayPunchKatsina gov mourns slain Islamic cleric, calls for probe한겨레유명 ‘픽스터’ 영입도…4900억원대 불법 도박사이트 운영 일당 74명 검거UOLCPTM passa a aceitar pagamento de passagem por celular em todas as estaçõesZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio3DNewsNvidia захватила 61 % рынка ИИ-чипов для человекоподобных роботов — но конкуренты уже наступаютSoompiSeol In Ah Gets A Glimpse Of Yim Si Wan’s Troubled Family Life In “Love in Disguise”SözcüBursa’da sahilde erkek cesedi bulundu
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 27, 2026

Bersatu patut tarik diri daripada terus usaha bubar PN, kata Tuan Ibrahim

Translate

Bersatu sepatutnya menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) secara terhormat, bukannya terus bertindak melemahkan gabungan itu dari dalam, kata Timbalan Pengerusi, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau membidas Bersatu yang didakwanya cuba merobohkan PN menerusi pelbagai serangan dan aduan rasmi, namun pada masa sama berpura-pura sedih apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membatalkan pendaftaran gabungan itu.

“Bersatu tidak perlu berusaha membubarkan PN atau berterusan melancarkan serangan terhadap gabungan ini.

“Adalah lebih baik Bersatu menarik diri sahaja. Pihak mereka yang membuat aduan kepada JPPM, tetapi kini mereka pula yang berdukacita apabila pendaftaran PN dibatalkan,” kata timbalan presiden PAS menurut Berita Harian.

Kenyataan Tuan Ibrahim menyusul Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, semalam, yang menyifatkan cadangan PN untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap partinya sebagai perkara yang ‘aneh dan luar biasa’.

Muhyiddin bagaimanapun mengesahkan Bersatu belum menerima sebarang surat rasmi berhubung tindakan itu setakat ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, mengumumkan gabungan itu bakal mengambil tindakan tatatertib terhadap Bersatu kerana didakwa bertindak bercanggah kepentingan PN, termasuk bertanding menentang calon gabungan pada PRN Negeri Sembilan.

Menurut Takiyuddin, tindakan diambil mengikut Fasal 15 Perlembagaan PN yang memperuntukkan hukuman amaran, penggantungan atau pemecatan mengikut tahap keseriusan kesalahan.

Krisis itu meletus selepas Bersatu mengemukakan aduan kepada JPPM atas dakwaan dinafikan hak menghadiri, memberi pandangan dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.

Sususlan aduan itu, JPPM membatalkan pendaftaran PN pada 20 Okt selepas mendapati maklum balas gabungan gagal menyangkal asas pembatalan berkenaan.

Begitupun, pelaksanaan keputusan JPPM kini ditangguhkan oleh mahkamah, sekali gus membolehkan PN beroperasi seperti biasa sementara menantikan proses undang-undang selesai.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.