221 mangsa di 5 PPS Gua Musang

Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan 221 mangsa daripada 57 keluarga terpaksa berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Gua Musang setakat 1.33 tengah tadi.
Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, tiga mukim terbabit dalam banjir itu.
“Lima PPS berkenaan ialah Masjid Jeram Tekoh, Dewan Orang Ramai Zon 3 Jeram Tekoh, Balai Raya Felda Chiku 6, Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh dan Limau Kasturi 1,” menurut portal itu.
Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.