ESPN DeportesPackers perdonan, pero siguen arriba ante CowboysThe Jerusalem PostPolymarket bets favor Eisenkot over Netanyahu ahead of Israeli electionESPNBuzz: Rams' loss to Cardinals sends shockwaves through survivor poolsPunch2027: Wike, lawmakers meet Fubara in Rivers한겨레혁신당, 새 조희대 탄핵안 공개…민주당에 “역풍 걱정 거두고 즉각 동참하라” 압박Daily MaverickAMABHUNGANE: Analysis — Cape Town ‘gang boss’ Ralph Stanfield’s courtroom showdown loomsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLDesafio de Lula para abrir sigilo pegou bem nas qualis do PTالنهارالزمن الأول تحوّل… مجرد ميليشيا!경향신문HD현대, 미국 현지서 무인수상함 기술 시연…한국 기업 최초سكاي نيوز عربيةأوباما يدين مداهمة منزل إلهان عمر ويعتبرها "محاولة ترهيب"Daily MailBella Hadid stuns in separate sensational looks on runway at Victoria's Secret Fashion Show 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

Subsidi logistik bantu barang asas kekal mampu dibeli di Sabah, Sarawak

Translate

Subsidi logistik penting bagi memastikan barangan asas kekal mampu dibeli penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak yang berdepan kos pengangkutan dan pengedaran tinggi, kata ahli ekonomi.

Ahli ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah Firdausi Suffian berkata cabaran geografi serta jaringan pengangkutan yang terhad menyebabkan penghantaran barangan ke kawasan pedalaman lebih sukar dan mahal.

“Apabila kita membawa masuk barangan dari Semenanjung, ada kos perkapalan, pengendalian dan pengangkutan, ditambah pula kos logistik untuk menghantarnya ke pedalaman.

“Semua kos ini akhirnya menaikkan harga barangan,” katanya kepada FMT.

Firdausi Suffian.

Dalam Belanjawan 2027, kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi memperluas pengedaran barangan asas ke kawasan desa dan pedalaman.

Peluasan itu melibatkan enam lokasi baharu, termasuk Kampung Terian di Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam di Pusa, Sarawak.

Program Pengedaran Barang Perlu turut menerima peruntukan RM250 juta pada 2026. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebelum ini mengenal pasti 1,570 lokasi jualan di bawah program berkenaan dengan 1,480 di Sabah dan Sarawak.

Firdausi berkata bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkatkan kuasa beli isi rumah, manakala subsidi logistik membantu mengurangkan kos membekalkan barangan.

Katanya, pengurangan kos pengangkutan dan pengedaran dapat mengelakkan beban itu dipindahkan kepada pengguna, sekali gus melengkapi usaha kerajaan menangani tekanan kos sara hidup.

Bagaimanapun, beliau berkata pengekalan peruntukan RM250 juta ketika liputan program diperluas ke enam lokasi baharu menimbulkan persoalan sama ada jumlah itu mencukupi.

Pada masa sama, Firdausi menekankan keperluan memperbaiki jalan raya dan jaringan pengangkutan bagi memudahkan penghantaran barangan ke kawasan pedalaman.

“Subsidi seperti ini tidak sepatutnya menjadi pengganti kekal kepada infrastruktur dan hubungan pengangkutan yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, usaha merapatkan jurang infrastruktur dalam jangka panjang boleh mengurangkan kebergantungan terhadap subsidi pengedaran, sekali gus membolehkan lebih banyak dana disalurkan kepada bentuk bantuan sosial lain.

Pastikan penjimatan sampai kepada pengguna

Tan Peck Leong dari UiTM pula menekankan keberkesanan program itu perlu dinilai berdasarkan harga dan ketersediaan bekalan di kawasan sasaran, bukan jumlah peruntukan semata-mata.

Tan Peck Leong

Tan Peck Leong.

“Tidak banyak gunanya kerajaan menanggung subsidi pengangkutan jika penjimatan itu tidak disalurkan kepada pengguna,” katanya.

Tan berkata subsidi logistik turut melengkapi STR dan SARA kerana ia membantu mengekang harga barangan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk yang tidak layak menerima bantuan tunai secara langsung.

Beliau mencadangkan KPDN menerbitkan perbandingan harga sebelum dan selepas pelaksanaan program, selain memastikan bekalan mencukupi dan peniaga mematuhi harga yang diluluskan.

Katanya, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan peruncit, pemborong, koperasi dan kedai kampung bagi memanfaatkan rangkaian pengedaran sedia ada.

“Penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya membayar jauh lebih mahal untuk keperluan asas hanya kerana tempat tinggal mereka,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.