Daily MaverickBOK BLEUS : France resist Springboks’ second-half rearguard to win Paris thrillerCNN TürkHAVA DURUMU 14 KASIM: Yarın havalar nasıl olacak? Yağmur yağacak mı? İstanbul, Ankara, İzmir, Bursa'da hava durumu nasıl olacak?PunchBanned pesticides: Poison on sale in Nigerian markets (1)Inquirer EntertainmentA tiny hand, baby Vans and a new chapter for Avril Lavigne — motherhoodZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFAntara NewsStarr Chile Assigned A Rating from AM BestArs TechnicaStarship flight 15 powers to orbit—setting up a possible catch on SaturdayColliderNetflix's 'The Diplomat' Already Has the Perfect Ending Hiding in Plain Sight연합뉴스46세 호나우지뉴, 11년 만에 공식전 선발 출격…300호골 정조준G1Resultados das Loterias Caixa매일경제고경표, 음주운전 사고…청소차 들이받아La NaciónArgentina vs. Uruguay, en vivo: el minuto a minuto del amistoso en la Bombonera
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

‘Tsunami Melayu’ hampir pasti landa Melaka?

Translate

Rakyat Melaka keluar mengundi hari ini bagi memilih kerajaan negeri dalam PRN ke-16, dengan sesetengah pihak sudah menjangkakan keputusannya sebaik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kerjasama mereka.

Gabungan BN-PN meraih majoriti dua pertiga pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, yang menjadi pilihan raya pertama menyaksikan Umno dan PAS, dua parti Melayu-Islam terbesar negara, berganding bahu.

Penganalisis menjangkakan kerjasama antara gabungan diterajui kedua-dua parti itu sekali lagi akan menyatukan undi Melayu, khususnya di Melaka yang sememangnya mempunyai pengaruh BN yang kuat.

Pada PRN Melaka 2021, sebanyak 13 daripada 28 kerusi menyaksikan kemenangan dengan majoriti tipis. Namun, keputusan sengit seperti itu dijangka sukar berulang kali ini, sama ada di kerusi majoriti Melayu mahupun kerusi campuran yang mempunyai ramai pengundi Melayu.

james chin

James Chin.

“‘Tsunami Melayu’ akan berlaku. Tunggu sahaja Presiden PAS Hadi Awang mengarahkan penyokongnya mengundi BN,” kata James Chin daripada University of Tasmania kepada FMT.

Sebelum hari penamaan calon pada 31 Okt lalu, keputusan PRN Melaka masih sukar diramal apabila BN membuka ruang rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), meskipun pada awalnya menyatakan hasrat meneruskan kerjasama dengan PN.

Keadaan itu memberikan BN yang diterajui Umno kelebihan dalam rundingan pembahagian kerusi dengan PN, sehingga gabungan berkenaan akhirnya berkompromi untuk bertanding hanya lima kerusi, manakala BN mengambil 23 kerusi.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, mengakui perkara itu dalam episod terbaru program audio siar Keluar Sekejap. Menurutnya, PAS mengambil pengajaran bahawa pendirian terlalu keras dalam rundingan kerusi boleh mendorong BN untuk bekerjasama dengan PH.

Bagaimanapun, kerjasama dengan PN tidak menyebabkan BN menjadikan kepentingan orang Melayu sebagai satu-satunya fokus kempen mereka.

Difahamkan, BN tidak membenarkan pemimpin PAS yang dianggap lebih ‘agresif’ menghadiri program kempen, terutama di kawasan bandar dan separa bandar. Langkah itu dilihat mencerminkan usaha BN mengekalkan imej sederhana bagi menarik sokongan pengundi di kerusi campuran.

Kerusi campuran dengan majoriti pengundi Melayu yang kecil menjadi antara medan persaingan utama kali ini, termasuk Duyong, Pengkalan Batu, Gadek, Durian Tunggal, Paya Rumput dan Kelebang yang dimenangi BN pada 2021.

Kerjasama PH-Bersatu tiada hala tuju jelas

Sementara itu, PH bertanding di 24 kerusi dan mencapai persefahaman pilihan raya dengan bekas rakan kerjasamanya pada PRU14, Bersatu, yang meletakkan tujuh calon. Kedua-duanya tetap bertembung di tiga kerusi.

Kerjasama PH-Bersatu mendapat tentangan dalaman sejak awal, termasuk daripada Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong yang berulang kali menegaskan PH perlu bergerak bersendirian.

Pendirian itu mengambil kira peranan Bersatu dalam kejatuhan kerajaan PH di peringkat Persekutuan dan Melaka pada 2020.

Bantahan awal itu memberi gambaran tentang bentuk kerjasama yang akhirnya terjalin antara PH dan Bersatu. Kedua-dua pihak dilihat tidak mempunyai hala tuju dan komitmen yang jelas terhadap persefahaman mereka, berbeza dengan BN-PN yang tampil dengan mesej kempen lebih tersusun, malah melancarkan manifesto bersama.

Sepanjang kempen, DAP yang menjadi parti paling berpengaruh dalam PH di Melaka kembali menggesa penyokong utamanya dalam kalangan pengundi Cina keluar beramai-ramai untuk menolak BN-PN, sambil sekali lagi memberi amaran mengenai agenda konservatif PAS dalam soal agama.

Namun, ceramah besar DAP tidak lagi menarik kehadiran seramai dahulu, manakala pengundi Cina juga dilihat kurang memberikan sambutan terhadap pendekatan itu.

Selepas mengalami kekalahan mengejut pada PRN Negeri Sembilan, Johor dan Sabah, DAP tentunya mahu sekurang-kurangnya mempertahankan empat kerusi yang dimenanginya di Melaka pada 2021, khususnya kerusi campuran Ayer Keroh yang dianggap wajib dimenangi.

Amanah pula cuba menampilkan keyakinan apabila Presidennya Mohamad Sabu, menyatakan parti itu mampu memenangi kesemua tujuh kerusi yang ditandingi. Bagaimanapun, pemerhati politik berpandangan sasaran itu sukar dicapai.

Daripada lima kerusi milik PH, Bukit Katil yang disandang Naib Presiden Amanah dan bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari, dilihat paling berisiko jatuh ke tangan BN-PN memandangkan pengundi Melayu membentuk 64.8% daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu.

Bagi PKR yang bertanding di 10 kerusi, parti itu tidak banyak yang perlu dipertahankan selepas gagal memenangi sebarang kerusi pada 2021. Namun, kekalahan calon seperti Azman Abidin di Paya Rumput dan Farzana Hayani Nasir di Kelebang akan menjadi tamparan hebat kepada parti berkenaan.

Azman merupakan setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, manakala Farzana bertugas di Pejabat Perdana Menteri. Kekalahan mereka boleh ditafsirkan sebagai penolakan terhadap Anwar, yang sebelum ini menggesa pengundi memilih calon yang mempunyai ‘hubungan langsung’ dengannya.

Bersatu pula dilihat kurang menyerlah sepanjang dua minggu berkempen, dengan bantuan daripada PH juga tidak begitu ketara meskipun kedua-dua pihak mempunyai persefahaman pilihan raya.

Syaza Shukri.

Syaza Shukri.

Penganalisis percaya Bersatu cuba memecahkan undi Melayu bagi memberi kelebihan kepada PH di beberapa kerusi campuran yang menjadi tumpuan. Namun, parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu dijangka sukar mencatat kejayaan besar.

“Bersatu tidak akan memberi kesan besar. Undi Melayu tetap akan bersatu di belakang BN-PN,” kata Syaza Shukri daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.