Daily MaverickBOK BLEUS : France resist Springboks’ second-half rearguard to win Paris thrillerCNN TürkHAVA DURUMU 14 KASIM: Yarın havalar nasıl olacak? Yağmur yağacak mı? İstanbul, Ankara, İzmir, Bursa'da hava durumu nasıl olacak?PunchBanned pesticides: Poison on sale in Nigerian markets (1)Inquirer EntertainmentA tiny hand, baby Vans and a new chapter for Avril Lavigne — motherhoodZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioAntara NewsStarr Chile Assigned A Rating from AM BestArs TechnicaStarship flight 15 powers to orbit—setting up a possible catch on SaturdayColliderNetflix's 'The Diplomat' Already Has the Perfect Ending Hiding in Plain Sight연합뉴스46세 호나우지뉴, 11년 만에 공식전 선발 출격…300호골 정조준G1Resultados das Loterias Caixa매일경제고경표, 음주운전 사고…청소차 들이받아La NaciónArgentina vs. Uruguay, en vivo: el minuto a minuto del amistoso en la Bombonera
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

PKR bidas kenyataan Hadi berkait pemimpin Islam dan bukan Islam

Translate

Tiga pemimpin PKR membidas Presiden PAS Hadi Awang berhubung kenyataan yang membandingkan pemimpin Islam dan bukan Islam dalam kerajaan, mengatakan sentimen agama tidak seharusnya digunakan untuk memecahbelahkan rakyat demi kepentingan politik.

Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata perbezaan politik sepatutnya berasaskan perbahasan dasar dan penyelesaian masalah, bukannya memainkan sentimen agama.

Beliau menyifatkan kenyataan Hadi sebagai amat mendukacitakan, menegaskan kenyataan yang menyakitkan hati dan menyemarakkan ketegangan hanya merugikan negara, lapor Bernama.

Semalam, sebuah portal berita dalam talian melaporkan Hadi berkata, perkiraan politik dibuat berlandaskan faktor dosa dan pahala berbanding orang bukan Islam yang didakwanya ‘zalim’.

Beliau dipetik berkata ketika ceramah kempen di Bukit Katil menjelang PRN Melaka bahawa seburuk-buruk orang Islam memerintah negara, mereka ‘tidak sezalim orang bukan Islam’.

Justeru beliau mendakwa, sekiranya orang Islam tidak keluar mengundi, ‘orang lain’ yang akan jadi pemerintah dan akan bertindak mengikut perkiraan mereka semata-mata, mengabaikan amanah Allah.

Pejabat presiden PAS bagaimanapun berkata kenyataan Hadi berhubung pemimpin bukan Islam dipetik di luar konteks sehingga mengelirukan masyarakat.

Menurutnya, ucapan asal Hadi bertujuan menjelaskan politik dalam Islam berlandaskan pertimbangan dosa dan pahala yang membawa kepada pemerintahan adil serta menjamin hak masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mempersoalkan logik kenyataan Hadi dalam konteks kerjasama politik PAS di Melaka.

“Lebih menarik, dalam ceramah yang sama malam tadi, presiden MCA turut berucap, manakala Presiden Gerakan Dominic Lau merayu sokongan pengundi Barisan Nasional dan Perikatan Nasional untuk mengundi calon Gerakan yang sudah tentunya bukan Islam.

“Ini berlaku di hadapan hadirin yang majoritinya orang Melayu. Bagaimana kenyataan Hadi itu harus difahami dalam konteks kerjasama politik mereka sendiri?” katanya, lapor Bernama.

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim pula bertanya sama ada pandangan Hadi itu turut terpakai kepada pemimpin MCA dan Gerakan yang menjadi rakan politik PAS. “Atau prinsip berkenaan hanya digunakan apabila berhadapan dengan pihak yang berbeza pendirian politik?” katanya, lapor Bernama.

Kamil berkata beliau bimbang kerana kenyataan itu dibuat oleh seorang pemimpin politik yang memiliki latar belakang pendidikan agama, serta pengaruh besar dalam kalangan masyarakat Islam.

“Seharusnya kedudukan dan keilmuan tersebut digunakan untuk memupuk kefahaman Islam yang berteraskan keadilan, kebijaksanaan dan kemuliaan akhlak, bukannya membina persepsi bahawa seseorang yang beragama Islam mempunyai kelebihan moral secara mutlak berbanding penganut agama lain, sekalipun melakukan kezaliman,” katanya.

Katanya, Pemuda PRK berpandangan cubaan membandingkan darjat kezaliman berdasarkan identiti agama merupakan suatu penyimpangan daripada prinsip keadilan yang menjadi asas penting dalam ajaran Islam.

MCA gesa siasatan

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong menggesa Malaysiakini memohon maaf atas laporan yang memetik kenyataan Hadi itu.

Katanya, naratif pemberitaan yang dilihat berniat jahat yang sengaja dicetuskan bagi menimbulkan salah faham, perpecahan, dan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk tidak sepatutnya berlaku.

Beliau menuntut artikel yang didakwa telah memutarbelitkan fakta ditarik balik, dan sebarang cubaan memainkan sentimen perkauman dihentikan.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara itu secara adil dan telus.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.