ESPN DeportesMéxico intenta reaccionar con ímpetu ante ColombiaThe Jerusalem PostUN's Albanese claims Jews in Nazi camps were called ‘Muslims,’ distorts history of 'antisemitism'한겨레[Column] Harari’s 2030s: A new age of repressive desublimationSouth China Morning PostIndonesia eyes China for massive 2,772km railway project – with cautionSözcüTrump savaşı uzatıyor dünya çilesini çekiyorRappler‘3-in-1 teachers’: 2-day wellness break not enough to unplugSDP EspectáculosCynthia Klitbo revela si su amistad con Ernesto Laguardia continuará tras La Casa de los Famosos MéxicoCNN TürkKars'ta trafik kazasında 4 kişi yaralandıVanguardMad rush into deadly pits for gold: 374 illegal mining sites in 17 states uncoveredMalay MailG25 urges Negeri Sembilan MB Ismail Lasim to resign after flip‑flops on ruler’s removalObservador Desporto"É impossível abrir o portão." Águas Santas lida com prag...Rai NewsAraghchi: "Nostre condizioni per riapertura Hormuz chiare. Aspettiamo risposta definitiva Trump"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

Majlis Peguam cadang had tempoh tahanan tertuduh menunggu bicara

Translate

Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Jenayah Majlis Peguam Vivek Sukumaran mencadangkan beberapa langkah bagi mengurangkan kelewatan kes jenayah, termasuk memastikan siasatan utama hampir selesai sebelum seseorang didakwa.

Vivek berkata laporan kimia dan forensik sepatutnya sudah tersedia sebelum pertuduhan dibuat kerana siasatan yang belum lengkap boleh menyebabkan kes lambat dibawa ke perbicaraan.

Beliau turut mencadangkan kes membabitkan tertuduh yang masih dalam tahanan diberi keutamaan, selain kawalan lebih ketat terhadap penangguhan kes dan semakan kehakiman secara berkala bagi menentukan sama ada penahanan berterusan masih berasas.

Menurutnya, jumlah jaminan juga perlu ditetapkan berdasarkan kemampuan tertuduh kerana ada individu terus ditahan reman bagi kesalahan ringan hanya kerana tidak mampu membayar jaminan atau mendapatkan penjamin.

Vivek Sukumaran

Vivek Sukumaran.

“Tiada orang patut ditahan lebih dua tahun tanpa keputusan mahkamah kecuali hakim berpuas hati ada alasan kukuh untuk berbuat demikian,” katanya kepada FMT.

Vivek mengulas laporan FMT mengenai kebimbangan Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh terhadap tertuduh yang ditahan reman terlalu lama sementara menunggu perbicaraan.

Beliau berkata had tempoh yang ditetapkan melalui undang-undang diperlukan bagi mengelakkan tertuduh terus berada dalam tahanan terlalu lama sebelum kes dibicarakan, selain memastikan kelewatan tidak menjejaskan prinsip seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Walaupun pekeliling pendaftar pada 2017 menetapkan tempoh 12 bulan untuk menyelesaikan kes jenayah di Mahkamah Sesyen dan Majistret, dikira dari tarikh kes didaftarkan, tiada undang-undang yang mewajibkan seseorang tertuduh dibebaskan sekiranya perbicaraan tidak dimulakan dengan segera.

Vivek berkata keadaan itu bermakna seseorang tertuduh boleh kekal dalam tahanan selama bertahun-tahun selepas didakwa sementara menunggu perbicaraan.

Katanya, Malaysia boleh mencontohi England dan Wales yang menetapkan had tempoh tahanan melalui undang-undang, dengan lanjutan hanya dibenarkan mahkamah dalam keadaan luar biasa.

Scotland juga menetapkan had masa melalui undang-undang bagi prosiding jenayah membabitkan tertuduh dalam tahanan. Kegagalan mematuhi tempoh itu boleh menyebabkan tertuduh dibenarkan ikat jamin kecuali mahkamah meluluskan lanjutan.

Vivek berkata Malaysia juga boleh membenarkan lanjutan tempoh jika terdapat alasan munasabah, namun kelewatan di pihak pendakwaan tidak sepatutnya secara automatik menyebabkan tertuduh terus ditahan.

Beliau turut mencadangkan hakim diberi budi bicara lebih luas untuk membenarkan ikat jamin dalam kes yang ketika ini tidak membenarkannya, termasuk di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Peguam S Vinesh bersetuju pihak pendakwaan perlu memastikan siasatan utama, termasuk mendapatkan laporan kimia, diselesaikan sebelum suspek didakwa.

Katanya, pendakwa raya sepatutnya mengambil masa tidak lebih tiga bulan untuk menyediakan kes mereka dan pertuduhan perlu ditarik balik sekiranya gagal berbuat demikian.

S Vinesh

S Vinesh.

Vinesh berkata Kanun Tatacara Jenayah sudah menetapkan tempoh tertentu bagi pengendalian kes jenayah, termasuk 30 hari untuk persidangan praperbicaraan, 60 hari bagi pengurusan kes dan 90 hari untuk perbicaraan dimulakan selepas tertuduh didakwa.

Katanya, garis panduan lebih jelas dan semakan kehakiman diperlukan bagi menangani kelewatan kerana kesannya bukan sekadar menyebabkan seseorang kehilangan kebebasan.

“Penahanan yang tidak wajar bukan sahaja menafikan kebebasan tertuduh, malah boleh menjejaskan pendapatan dan kehidupan keluarganya.

“Ada keluarga yang mungkin berpecah, perkahwinan gagal dan pendidikan anak-anak terjejas.

“Jika seseorang dibebaskan selepas ditahan selama beberapa tahun, mampukah kita mengembalikan tahun-tahun yang telah hilang itu?” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.