The Jerusalem PostWhite House confirms Trump-Xi-Putin trilateral summit in China, Iran and nuclear arms on agendaPunchEx-Lagos civil servant found dead in UK homeZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioInquirer EntertainmentJohn Lloyd Cruz, son Elias share screen in new ad; Ellen Adarna expresses supportThe Straits TimesOver 600 personnel take part in multi-agency exercise at RTS Link Woodlands North stationCapital FMUS flights allowed to take off again as nationwide ground stop lifted but delays expectedBBC News BrasilEUA voltam a autorizar decolagens após horas de suspensão por problema em sistema de comunicação: o que se sabeسكاي نيوز عربيةبالفيديو.. إنقاذ العشرات بعد اصطدام ناقلة نفط بسفينة سياحيةDaily MailBody is found in marshland in search for missing bride-to-be, 29, two weeks after she vanished from her homeGlobo EsporteLuisa Stefani e Dabrowski avançam invictas à semifinal no WTA FinalsSeeking AlphaLoma Negra GAAP EPS of Arg$26.07, revenue of Arg$270.1BTagesschauFAA hebt Startverbot an US-Flughäfen wieder auf
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 14, 2026

Tak lena tidur, pasangan warga emas teruja mahu mengundi

Translate

Liew Chee Ping, 66, dan Tan Siw Choo, 62, bersemangat tiba awal pagi dan mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi DUN Tanjung Bidara.

MASJID TANAH: Sepasang suami isteri warga emas begitu teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi apabila tiba seawal 7 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram bagi mengundi pada PRN Melaka.

Liew Chee Ping, 66, dan Tan Siw Choo, 62, antara pengundi paling awal berada di pusat mengundi terbabit.

Liew berkata mereka sengaja keluar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain tidak mahu mengambil risiko sekiranya hujan pada sebelah petang.

“Kami bangun seawal 5 pagi dan tiba di pusat mengundi paling awal 7 pagi pengundi lain. Belum ada lagi pengundi lain yang datang ketika kami sampai.

“Kami teruja hingga tidur pun tidak lena semalam kerana tidak sabar untuk mengundi,” kata pengundi DUN Tanjung Bidara itu.

Rohana Yasin

Rohana Yasin.

Manakala Rohana Yasin, 46, pula berkata cuaca yang tidak menentu menyebabkannya berusaha keluar awal untuk mengundi.

“Saya bimbang jika keluar lewat nanti hujan pada sebelah petang. Bagaimanapun saya puas diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Daniel, 26, pula sanggup pulang dari Kuala Lumpur selepas bekerja semata-mata untuk mengundi di kampung halamannya, bersama ibu dan kakaknya.

“Saya pulang petang semalam ke Melaka,Ini kali kedua saya mengundi. Saya harap kawan-kawan muda yang lain keluar mengundi awal dan tunaikan tanggungjawab mereka,” katanya

Nor Dini Athirah Norizam

Nor Dini Athirah Norizam.

Bagi pengundi kali pertama, Nor Dini Athirah Norizam, 18, pengalaman berada di pusat mengundi membawa keterujaan tersendiri selepas sebelum ini hanya melihat orang lain melaksanakan tanggungjawab itu.

“Selama ini saya hanya lihat orang lain mengundi, tetapi kali ini saya sendiri berpeluang melakukannya.

“Sebelum mengundi, saya juga melihat tawaran parti-parti bertanding, tetapi saya memilih berdasarkan parti yang stabil dan calon yang baik,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Kedah itu.

SK Jeram merupakan tempat mengundi Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh yang juga calon kerusi Tanjung Bidara.

PRN Melaka ke-16, DUN Tanjung Bidara menyaksikan saingan satu lawan satu antara penyandang kerusi itu Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan (PH) Yunazri Mustamiri.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.