The Jerusalem PostNYC Mayor Mamdani shares Rosh Hashanah message with Jewish communityESPN DeportesSami Zayn destrona a CM Punk: Así vivimos WWE SmackDown en MéxicoESPNTownsend, Siniakova win US Open doubles, complete career GS as pairPunchNCAA fines RwandAir N15mוואלהעיראק סגרה מעבר גבול בינה לבין איראן בעקבות מתקפות הרחפנים על ערב הסעודיתInquirerPeñafrancia traslacion in Naga City peaceful amid tight securityUOLNasce primeiro filho da cantora Lady Gaga (imprensa)SözcüEmeklilerden AYM’ye zam çıkarmasıRapplerRomualdez transferred to PGH for independent medical exam매일경제아시안게임 처음으로 일본 땅 밟은 북한…14개 종목 180여명 파견La NaciónBoca venció 3 a 1 a Central Córdoba con un doblete de Ángel Romero y el primer gol de Enner ValenciaNew Straits TimesSevilla defeat leaves Valencia rooted to bottom of La Liga
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

26 tahun lumpuh, Marziawati enggan biar kerusi roda bataskan hidup

Translate

Marziawati Mahfal, 47, seorang ibu tunggal, sudah 26 tahun lumpuh namun enggan membiarkan kerusi roda membataskan dunianya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu sentiasa mengingatkan diri bahawa hanya kaki yang tidak mampu bergerak, namun dia masih bebas dan berkeupayaan, justeru dia mampu melakukan apa sahaja seperti orang lain.

Lebih 300,000 pengikut di TikTok mengikuti rutin Marziawati mengurus rumah dan keluarga, mengambil tempahan makanan dan memandu, dengan sesetengah perkongsian mencecah jutaan tontonan.

Anak-anak menjadi penguat semangat Marziawati. Dia bersyukur mampu membesarkan mereka bersendirian dalam segala kepayahan.

“Anak sulung sedang lanjutkan pelajaran di Selangor dan anak kedua akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ni,” katanya kepada FMT.

“Anak-anak selalu cakap bangga dengan ibu mereka. Mereka selalu ikhtiar supaya saya boleh kembali berjalan,” katanya yang kerap dibawa ke pantai untuk menanam kaki dalam pasir.

Marziawati Mahfal dilanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi, 26 tahun lalu.

Dilanggar motosikal berkuasa tinggi

Segalanya bermula apabila Marziawati dilanggar lari sebuah motosikal berkuasa tinggi ketika keluar mencari pekerjaan. Dia tercampak ke pembahagi jalan dan mengalami kecederaan tulang belakang.

Paling terkilan, Marziawati ketika itu baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang andaman dan dandaman rambut, namun belum sempat meringankan beban orang tuanya di kampung, dia tidak lagi boleh berjalan.

Selepas kemalangan, Marziawati banyak bergantung kepada keluarga untuk perkara asas, termasuk makan, mengambil air dan berpindah dari katil ke kerusi roda. Namun, kematian bapa menjadi titik perubahan apabila sedar dia perlu mula membantu diri sendiri.

Lebih 300,000 pengikut di TikTok mengikuti rutin Marziawati Mahfal mengurus rumah dan keluarga, serta mengambil tempahan makanan.

“Mula-mula saya belajar nak pindah dari katil ke kerusi roda sendiri walaupun banyak kali jatuh. Lepas itu, saya belajar ke dapur, memasak dan mengurus rumah,” cerita anak kepada seorang askar ini.

Keinginan melihat anak mampu berdiri atas kaki sendiri membuatkan Marziawati nekad belajar memandu agar boleh menghantar mereka ke sekolah.

Kereta yang diubah suai membolehkan Marziawati mengendalikan kenderaan itu dengan tangan sahaja. Dia juga mampu mengangkat kerusi roda seberat kira-kira 12kg dan memasukkannya ke dalam kereta tanpa bantuan.

Marziawati tidak mampu berjalan tetapi dia enggan berhenti melangkah dan mahu merdeka dengan cara tersendiri.

“Kemampuan menguruskan anak-anak sendirian, tidak bergantung pada orang dalam urusan harian dan bebas bergerak ke sana ke mari adalah makna merdeka sebenar bagi saya,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.