The Jerusalem PostRubio dismisses Amnesty criticism over Iran war, calls organization ‘a fraud’ESPNFollow live: Bucky Irving's 72-yard run sets up Bucs TD coming out of halftimeESPN DeportesCheco Pérez: GP Singapur, última gran oportunidad para CadillacInquirerSolon hits Maynilad for poor service while they continue to earnInquirer EntertainmentWhy Sydney Sweeney’s Marilyn Monroe connection is a win for Hollywood glamour한겨레닷새째 연락 끊긴 60대 등산객…구조견 ‘단디’가 2시간30분만에 발견ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCollider‘Bourne’ Meets ‘Jack Ryan’ in Jon Bernthal’s Gritty Spy Thriller Back on StreamingUOLJoão Bosco, com novo disco e show em São Paulo, ilumina aspecto coletivo de sua obraThe Japan TimesChina announces candidate for WHO chiefBBC News BrasilPor que Douglas Ruas deve se tornar governador do Rio dias depois do 1º turnoCBS NewsEl-Sayed and Rogers toss insults in Michigan Senate debate
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

Ganabatirau saman Firdaus Wong berkait hantaran ‘setia’

Translate

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau memfailkan saman fitnah terhadap penceramah Firdaus Wong di Mahkamah Tinggi berhubung hantaran media sosial didakwa mempersoalkan kesetiaannya kepada Malaysia.

Ganabatirau berkata, hantaran diterbitkan di akaun Facebook dan Instagram Firdaus pada 28 Julai itu berunsur fitnah dan mencemarkan reputasi, integriti serta kewibawaannya sebagai wakil rakyat.

Hantaran tersebut dibuat susulan pertemuan Ganabatirau dengan Narendra Modi sempena lawatan perdana menteri India itu ke Malaysia, pada 8 Feb.

Menurut pernyataan tuntutan, Ganabatirau membangkitkan kebimbangan dengan Modi mengenai syarat-syarat kemudahan kad warganegara luar negara India (OCI) dan memohon kelonggaran lebih besar bagi rakyat Malaysia berketurunan India yang layak.

Ganabatirau berkata, Firdaus mempersoalkan motifnya yang ‘bersungguh-sungguh’ meminta kelonggaran berkenaan pada pertemuan tersebut.

Hantaran itu turut menggambarkan OCI sebagai ‘kad warganegara India luar negara’ dan diakhiri dengan ungkapan ‘Ganabatirau setia kepada Malaysia’, berserta emoji memberi tabik hormat.

Ganabatirau mendakwa, kenyataan penutup itu berunsur sarkastik dan bukannya pengesahan terhadap kesetiaannya, serta bertujuan memberi bayangan bahawa kesetiaannya kepada Malaysia diragui.

Beliau berkata, hantaran berkenaan apabila dibaca secara keseluruhan, memberi tanggapan kesetiaannya berbelah bahagi antara Malaysia dan India, dan bahawa beliau mengutamakan kepentingan India berbanding Malaysia.

Ahli Parlimen itu turut menegaskan, kemudahan OCI tidak menganugerahkan kewarganegaraan India, sambil menambah tiada apa-apa dalam kenyataan asalnya yang membayangkan rakyat Malaysia perlu melepaskan kewarganegaraan atau kesetiaan mereka kepada Malaysia.

Saman itu menyatakan akaun Facebook Firdaus mempunyai sekitar 140,000 pengikut, manakala akaun Instagram mempunyai sekitar 387,000 pengikut.

Hantaran Facebook terbabit menerima sekitar 963 reaksi, 207 komen dan 139 perkongsian, manakala hantaran Instagram meraih sekitar 1,525 tanda suka dan 163 komen.

Ganabatirau berkata, beliau mengeluarkan surat tuntutan pada 4 Ogos untuk meminta penarikan balik hantaran, permohonan maaf serta pemadaman hantaran itu.

Beliau mendakwa, Firdaus enggan mematuhinya selain mempertahankan tohmahan berkenaan secara terbuka.

Ganabatirau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, dan ganti rugi teladan, perintah injunksi bagi menghalang penerbitan berlanjutan, pemadaman hantaran, serta permohonan maaf terbuka.

Saman itu difailkan semalam menerusi firma guaman Tetuan SN Nair & Partners.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.