InquirerDOT eyes new diving tourism spot in Misamis OrientalCNN TürkHava Durumu (29-10-2026)PunchAkpabio alleges payment for social media attacks on TinubuESPN DeportesAmérica extiende racha sin ganar en el Banorte한겨레“아빠, 보고싶어”…무면허 지게차 사고 유족, 진상 규명 요구ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe South AfricanOrlando Pirates expected starting XI against Kaizer ChiefsGolem.deApple: Mac Studio mit 512 GB RAM kostet mehr als 25.000 Euro3DNews«Да, мы вайбкодим»: Epic Games подтвердила повсеместное использование ИИ в разработке Fortnite, Unreal Engine 6 и не толькоSportstarLockie Ferguson ruled out of New Zealand vs India T20I series; Replacement namedMyJoyOnlineThe Inconvenient Truth: One Africa in our speeches, 54 agendas in our decisionsHet Laatste NieuwsEerste dag van nationale rouw gestart, geluidsopnames onthullen dat verkeersleider in de fout gegaan is
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

Pengurangan eksport gas Indonesia jadi peringatan serantau, kata pemain industri

Translate

Keputusan Indonesia mengurangkan eksport gas asli ke Singapura perlu menjadi peringatan supaya negara memperkukuh sumber dan infrastruktur tenaga domestiknya, kata seorang pemain industri maritim.

R Jeyenderan yang berpengalaman dalam bidang logistik termasuk mengangkut bahan api berkata, walaupun tindakan bermula 24 Okt itu tidak memberi kesan secara langsung tetapi langkah awal perlu diambil.

Katanya, Malaysia perlu memberi lebih perhatian kepada pembangunan sumber tempatan dan memastikan infrastrukturnya mampu menyokong kepentingan negara dalam jangka panjang.

Beliau turut menggesa Malaysia memanfaatkan kedudukannya di laluan perkapalan antarabangsa untuk mengembangkan industri pembekalan bahan api kapal atau bunkering.

“Apa yang berlaku antara Indonesia dengan Singapura harus jadi peringatan kepada semua negara di rantau ini.

“Keselamatan tenaga melibatkan hubungan, infrastruktur dan keupayaan mengetahui pihak yang boleh diharapkan apabila bekalan menjadi terhad,” katanya dalam kenyataan.

Indonesia mula mengurangkan eksport gas asli ke Singapura pada 24 Okt dengan mengalihkan sebahagian bekalan dari Natuna dan Sumatera bagi memenuhi keperluan domestik.

Pihak berkuasa minyak dan gas Indonesia berkata Singapura satu-satunya negara terjejas kerana saluran paip terbabit disambungkan terus ke republik itu.

Malah, pihak berkuasa Singapura berkata pengurangan bekalan itu kurang 2% daripada permintaan gas harian sektor tenaganya dan bekalan gantian termasuk gas asli cecair (LNG) mencukupi.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.