The Jerusalem PostIDF, Shin Bet arrest 10 suspects connected to attack on US journalist, EU diplomats in West BankPunchMorning recap: Wike meets Fubara, FG disputes World Bank debt figures, other top storiesCNN Türk19 EKİM HAVA DURUMU İSTANBUL SON DAKİKA! Bugün hava nasıl olacak, İstanbul’da şiddetli yağış olacak mı?InquirerChurch, youth groups push action vs political dynastiesBollywood HungamaTiger Shroff Shooting Incident: Mumbai Police register FIR against 3 unknown accused, form 15 teams to trace shootersESPNPackers use third-down conversions, takeaways to frustrate struggling CowboysESPN DeportesWatson y Browns escapan con la victoria divisional한겨레12년 만의 남북 탁구 대결, 이번에도 박홍규가 웃었다RapplerLazaro summons China ambassador Jing, says it’s not his place to taunt PH officialsZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudioالنهارماذا بعد ميزان المنازلة الأخيرة بين السّلطة و"حزب الله"؟The South AfricanDa Cruz calls for unity after Kaizer Chiefs’ loss in Zambia
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 19, 2026

PAC siasat pengurusan, pelaksanaan Pan Borneo Sabah Fasa 1

Translate

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan siasatan terhadap pengurusan, tadbir urus kewangan dan pelaksanaan fizikal projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 susulan beberapa kelemahan dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Pengerusinya Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC akan meneliti secara mendalam bagaimana masalah itu boleh berlaku walaupun pelbagai jawatankuasa pemantauan telah diwujudkan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Menurutnya, PAC akan memanggil saksi daripada Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk JKR Sabah, serta agensi dan pihak berkaitan untuk memberi keterangan dalam prosiding itu.

“Sekiranya prosiding menemukan sebarang indikasi salah laku, rasuah atau penyelewengan kuasa, PAC tidak akan teragak-agak merujuk dapatan berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk siasatan lanjut.

“PAC komited untuk menjalankan siasatan ini secara bebas, telus dan menyeluruh demi memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan secara berhemah, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan,” katanya dalam kenyataan.

Mas Ermieyati berkata PAC memandang serius penemuan audit berkaitan projek itu, khususnya membabitkan kelewatan, pengurusan projek, pematuhan peraturan kewangan serta jumlah wang awam yang telah dibelanjakan.

“Keadaan itu lebih ketara apabila dibandingkan dengan LPB Sarawak Fasa 1 yang telah siap dibina walaupun kedua-dua projek dimulakan sekitar tempoh sama,” katanya.

Projek LPB Sabah Fasa 1 sepanjang 706km melibatkan 35 pakej kerja dan pada asalnya sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 69 bulan serta siap sepenuhnya pada hujung 2021.

Bagaimanapun, hanya empat daripada 35 pakej atau 11.4% telah disiapkan, manakala baki 31 pakej bernilai RM16.319 bilion masih dalam pelaksanaan walaupun projek itu sepatutnya siap kira-kira lima tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sembilan pakej dikategorikan sebagai projek sakit dan 13 mengalami kelewatan daripada jadual ditetapkan, manakala sembilan lagi mendahului jadual.

LKAN turut mendapati unjuran kos semasa bagi 15 pakej kerja Fasa 1A meningkat RM987 juta atau 9.5% kepada RM11.323 bilion berbanding kos siling asal RM10.336 bilion.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.