PunchTroops hunt Plateau gunmen after soldier’s killingThe Jerusalem PostSome Michigan Jewish Democrats disavow Stevens over endorsement of El-Sayed’s GOP rival한겨레“수사부서, 가장 일하고 싶은 부서 되도록”…경찰, 수사인력 우대 본격화InquirerTop 5 most wanted murder suspect in Caraga arrested in Agusan del SurZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSCMP ChinaApec China summit: from traffic curbs to tree planting, Shenzhen’s plans enter final phaseRapplerHouse spends P100M a year on utilities. Why ask for P1B?CBS NewsLive Updates: Michigan Democratic rift spills into public view and moreThe Sydney Morning Herald‘Jockeys are made of different stuff’: Support flows for injured hoop’s miracle Melbourne Cup bidسكاي نيوز عربيةفيديو.. نجما ريال مدريد يصالحان طفلا بعد "التصويبة الطائشة"SportstarIndia A vs New Zealand A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 3: NZ A moves closer to IND A total; Siraj picks up four wickets경향신문매크로 돌려 1만5500장 ‘싹쓸이’…8만원 티켓 893만원 ‘110배 폭리’
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Sumbangan RM7.2 juta beri belia berisiko peluang kedua

Translate

Bagi ahli perniagaan dan dermawan R Rajendran, usaha membantu belia kurang bernasib baik bukan sekadar menyediakan bantuan kewangan, sebaliknya memberi peluang kepada mereka yang tercicir daripada sistem pendidikan untuk membina semula kehidupan.

Itu matlamat sumbangan RM7.2 juta Amalan Setar (M) Sdn Bhd, syarikat Rajendran berkhidmat sebagai pengarah urusan, kepada MySkills Foundation yang menyediakan latihan kemahiran vokasional dan program pembangunan diri untuk belia berisiko serta tercicir daripada persekolahan.

Rajendran Ramasamy.

“Banyak badan amal menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar memerlukan, tetapi MySkills berbeza. Ia membawa golongan tercicir persekolahan keluar daripada persekitaran negatif dan memberi peluang untuk mereka berkembang dalam persekitaran baharu. Itu yang menjadikan organisasi ini istimewa,” katanya pada majlis makan malam tahunan Amalan Setar.

Sebelum ini, Rajendran menyumbang RM400,000 kepada MySkills untuk pembinaan asrama lelaki yang dinamakan ‘Bala’s Hall of Residence’ sempena nama abangnya.

MySkills yang ditubuhkan pada 2010 pada mulanya beroperasi dari sebuah lot kedai sewa di Puchong sebelum berpindah ke Pelabuhan Klang dan akhirnya menubuhkan kampus tetap di Kalumpang pada 2018.

MySkills Foundation melatih 150 pelajar setahun di kampusnya di Kalumpang.

Sumbangan terbaharu ini menjadikan dana endowmen yayasan itu berjumlah RM15 juta, kurang RM5 juta daripada sasaran RM20 juta yang ditetapkan untuk tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MySkills Foundation, G Devasharma, berkata dana endowmen itu amat penting bagi memastikan organisasi terbabit dapat terus menyokong golongan belia rentan tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumbangan dan geran.

Yayasan yang beroperasi selama 16 tahun itu membelanjakan hampir RM4 juta setiap tahun, manakala dana endowmen berjumlah RM20 juta dijangka mampu menjana pendapatan pelaburan tahunan antara RM1 juta hingga RM1.5 juta.

Devasharma berkata, yayasan itu akan terus mendapatkan sumbangan, walaupun selepas mencapai sasaran awal kutipan dana kerana pulangan pelaburan saja tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan tahunannya.

Menurutnya, dana endowmen yang lebih kukuh juga akan menyokong rancangan penubuhan pusat baharu di kawasan lain di seluruh negara, termasuk Johor, Pulau Pinang dan Pantai Timur.

Di kampus Kalumpang, MySkills melatih 150 pelajar setiap tahun, dengan kapasiti untuk menampung 250 hingga 300 pelajar.

Katanya, peluasan operasi ke luar Selangor penting bagi mendekati lebih ramai pelajar tercicir persekolahan serta golongan belia berisiko yang mungkin tidak mendapat akses kepada program intervensi sedia ada.

Jelasnya, pendekatan yayasan itu bukan sekadar menyediakan kelayakan vokasional, malah turut menekankan pembentukan sahsiah, kemahiran hidup serta persediaan pelajar untuk mendapatkan pekerjaan dalam jangka panjang.

Beliau berkata, walaupun majikan bersedia untuk menyediakan latihan teknikal, usaha mengekalkan pekerja menjadi cabaran disebabkan sikap mereka terhadap pekerjaan.

Devasharma menekankan kepentingan penglibatan sektor korporat dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada belia kurang bernasib baik yang dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, di samping menjauhkan belia terdedah kepada risiko daripada terjebak dalam kegiatan jenayah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.