The Jerusalem PostWith just six days until Israel's elections, IDF steps up Gaza ops., prepares for Hamas attacksESPNTransfer rumors, news: Manchester United keen on Palace duoRTP DesportoFC Porto volta a perder na Champions, treinador recusa criseESPN DeportesClaves de la derrota de Barcelona vs PSG en la ChampionsPunchLa Liga: PSG defeat will not affect El Clásico – RaphinhaInquirerRosal to bring heavy rains, strong winds to Luzon despite no landfallCNN TürkGözler Merkez'de! Kritik karar yarın açıklanacak한겨레초광역특구법 짚어보니…‘SK 맞춤형’ 지주회사 특례 담겼다ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioUOLEstudo mostra que distância entre ciclistas e carros fica abaixo do recomendado em São PauloSky TG24Nobody Wants This, arriva la terza stagione. Dov’eravamo rimasti e cosa sappiamoSCMP ChinaChina-US team’s ‘gold factory’ relic; next-gen diabetes care: 7 science highlights
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 21, 2026

Hadi pertahan pengurusan PN, sindir ‘satu pihak’ berpaling arah

Translate

Presiden PAS Hadi Awang mempertahankan pengurusan Perikatan Nasional (PN) sebagai teratur dan mengikut perlembagaan gabungan itu, di sebalik dakwaan Bersatu bahawa kepimpinan diterajui PAS menjadi punca pendaftarannya dibatalkan.

Hadi berkata hubungan dalam kalangan parti anggota PN juga kekal utuh, kecuali “satu pihak” yang menurutnya telah menyisihkan diri dan berpaling arah.

Beliau tidak menamakan pihak yang dimaksudkan dalam kenyataannya.

“PAS mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti.

“Keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu menyusuli kritikan Bersatu terhadap PAS selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam membatalkan pendaftaran PN.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali mendakwa kepimpinan PN diterajui PAS melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan gabungan.

Azmin sebelum ini mempertahankan aduan Bersatu kepada JPPM dengan mendakwa parti itu dinafikan hak menghadiri, memberikan pandangan dan mengundi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai.

Hadi turut mengecam keputusan JPPM itu yang menurutnya mendahului proses mahkamah dan menghadkan hak demokrasi dijamin Perlembagaan.

Beliau juga mendakwa tindakan berkenaan menunjukkan ‘ketakutan yang sedang memuncak’ dalam kalangan kerajaan.

JPPM membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dan representasi dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan dalam notis terdahulu. Keputusan itu dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata gabungan berkenaan akan mencabar keputusan JPPM dan memohon supaya pelaksanaan serta kesannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan mahkamah.

Hadi berkata PAS bersama parti PN yang ‘sehaluan’ akan menentukan langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi PRN Melaka dan tindakan mahkamah bagi mencabar pembatalan pendaftaran itu.

“⁠PAS menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara, serta menyeru semua pihak menghormati undang-undang dan lunas demokrasi,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.