PunchTaifa Stars’ clashes must-games, Ex-int’ls charge EaglesThe Jerusalem PostNvidia prepares to oust CEO Huang after two affairs, including with suspected Chinese spy - reportCBC NewsThe National | Canadians honour their veteransZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF한겨레서울 금천구서 만취 운전하다 주택가 담벼락 ‘쾅’…40대 남성 입건中国新闻网中国驻巴布亚新几内亚大使馆再次提醒中国公民和机构切勿参与非法采金和黄金走私违法活动The Sydney Morning HeraldSuaalii rattles Tuipulotu with big hitDaily MailRussell Brand donated £3,000 to a rape charity months after attacking 21-year-old victim at his mansionRadio-CanadaÀ Pemberton, un ordre d’évacuation en raison d’inondationsGlobo EsporteFlamengo x Internacional - Copa do Brasil Feminina 2026 - Ao vivo - globoesporte.comESPN DeportesLa longevidad histórica (y absurda) de Steph Curry y Kevin Durant경향신문시흥 아파트서 어머니·두 아들 숨진 채 발견···경찰 수사
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 12, 2026

Malaysia belanja RM70 juta untuk F1 Bahrain di Sepang, kata menteri

Translate

Malaysia membelanjakan RM70 juta untuk menjadi tuan rumah Grand Prix Formula 1 Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu, menurut kerajaan.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding anggaran RM40 juta yang diberikan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, pada Julai bagi persiapan menjelang perlumbaan tersebut.

Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Nazri Abu Hassan (PN-Merbok), Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari, berkata acara yang berlangsung dari 2 hingga 4 Okt itu menelan belanja dianggarkan RM350 juta, termasuk yuran penganjuran dan persiapan di litar berkenaan.

Beliau berkata bahagian perbelanjaan Malaysia sebanyak RM70 juta meliputi kos penyelenggaraan litar dan operasi, manakala Bahrain menanggung baki perbelanjaan.

Pada 27 Julai, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan hanya perlu membelanjakan RM16 juta yang diperuntukkan setiap tahun bagi penyelenggaraan dan menaik taraf litar itu.

Sehari kemudian, Azhan menganggarkan persiapan tempatan menelan belanja kira-kira RM40 juta, dengan kos itu akan ditanggung bersama oleh Malaysia dan Bahrain.

Kementerian tidak menjelaskan percanggahan antara anggaran terdahulu dengan angka terkini itu.

Menurut kementerian, perlumbaan tersebut menjana aktiviti ekonomi yang dianggarkan bernilai RM950 juta, berdasarkan angka daripada Formula One Management.

Manfaat itu termasuk perbelanjaan bagi hotel, pelancongan, penerbangan, pengangkutan, perniagaan makanan dan minuman serta perkhidmatan lain.

Taufiq turut berkata acara itu mewujudkan kira-kira 7,300 peluang pekerjaan, terdiri daripada 6,167 pekerjaan dalam perniagaan dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pengunjung, 757 dalam operasi perlumbaan dan infrastruktur, serta 376 melibatkan pasukan F1, penaja dan operasi perlumbaan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah kutipan kerajaan daripada cukai, fi dan hasil sewaan yang diperoleh daripada acara itu.

Taufiq berkata SIC dan sebuah firma perunding yang dilantik masih menilai kos serta manfaat ekonomi acara berkenaan.

Beliau berkata dapatan penilaian itu akan membantu kerajaan membuat keputusan sama ada Malaysia patut menjadi tuan rumah perlumbaan F1 pada masa depan.

Grand Prix Bahrain dipindahkan ke Sepang susulan konflik di Asia Barat, sekali gus menandakan kepulangan Formula 1 ke Malaysia buat kali pertama sejak 2017.

Malaysia menjadi tuan rumah Grand Prix F1 dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan berikutan peningkatan kos.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.