The Jerusalem PostEisenkot, Netanyahu have 'very similar views,' Trump says, suggests both would support himCNN TürkDAHA 17 YIKTI GEÇTİ! Aras için yolun sonu mu?PunchBabalakin, Rhodes-Vivour celebrate Adaralegbe’s SAN elevationESPN CricinfoLabuschagne dropped for New Zealand Test seriesسكاي نيوز عربيةمادورو يدرس الأديان في السجن.. ويبدي اهتماما بالدين اليهوديZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제서울시 “공공개발 만능론 안 돼” vs LH “계획 차질 없이 진행중”…정비사업 갈등The Sydney Morning Herald‘People are cautious’: North shore pad passes in, then sells at a discountMalay MailNvidia probes CEO Huang over affair with China-linked executiveNOSTrump noemt aankondiging UFC-baas Dana White als perschef Witte Huis 'grap'Screen RantGodzilla Minus Zero Director Clarifies Whether Godzilla & Humans Are AlliesColliderApple TV’s New Crime Thriller Officially Surges to No. 1
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Melapetaka menanti Bersatu di Melaka?

Translate

Penganalisis meragui Bersatu dapat mencapai sasaran tujuh kerusi untuk PRN Melaka, berdasarkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

Azmi Hassan.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata keberadaan selama tempoh tertentu tidak bererti parti itu mampu memenangi kerusi.

“Muhyiddin Yassin (presiden Bersatu) agak yakin dengan tujuh kerusi. Saya rasa hujah itu tidak realistik, kerana Bersatu ‘survive’ di Negeri Sembilan juga tapi 23 daripada 24 calon mereka hilang deposit (dalam PRN Negeri Sembilan),” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, hilang deposit dikatakan petanda tiada sokongan. “Negeri Sembilan dikatakan sesuatu malapetaka bagi Bersatu. Apa bezanya di Melaka?”

“Bersatu tidak pernah kuat di Melaka sekarang dan juga lima tahun lepas ketika PRN yang lepas,” katanya.

Azmi mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini, yang yakin Bersatu mampu memenangi tujuh kerusi pada PRN Melaka kali ini. DUN Melaka mempunyai 28 kerusi.

PRN lalu menyaksikan Bersatu memenangi dua kerusi iaitu Bemban dan Sungai Udang. Wakil rakyat masing-masing kini bersama Parti Wawasan Negara.

Pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Syaza Shukri, juga meragui peluang Bersatu untuk mememangi sesebuah kerusi.

Katanya, terdapat kemungkinan persaingan sengit di beberapa kerusi. “Bagi saya, kalau mereka tak hilang deposit 100% dah kira kejayaan,” katanya.

Dalam pada itu, Syaza berkata menyertai pilihan raya secara solo memberi peluang kepada Bersatu untuk memperkenalkan parti itu kepada pengundi.

“Mungkin ia memberikan peluang yang lebih baik dalam PRU akan datang,” katanya.

Syaza juga berkata, jumlah undi yang dimenangi Bersatu kelak akan menunjukkan sama ada sokongan pengundi Melayu tertumpu kepada satu blok politik sahaja.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.