Daily MaverickSIGNED AND SEALED: Balti-maul — Springboks win series 3-1 over All Blacks after US victoryESPNOSU stuns No. 6 Oregon, ending 21-game FBS skidThe Jerusalem PostSwedes vote in election that could usher far right into governmentInquirerPolice arrest two DI-linked teens after shootout in MaguindanaoESPN DeportesLa Novena de MLB: La vuelta de Volpe, las Kardashian y la "sugerencia" de PujolsPunchSleeping with earbuds may trigger hearing loss, say ENT specialistsCNN TürkMersin'de otomobil ile hafif ticari aracın çarpıştığı kazada 1 çocuk öldü, 6 kişi yaralandıLa NaciónÚltimas encuestas en Florida: Jolly mantiene la ventaja frente a Donalds y se acerca la elección del 3 de noviembre한겨레북 치고 촛불 ‘후~’…장동혁, ‘올공 100일’ 자축 “우리는 전사”20 Minuten«Ich war im Jugendknast – heute habe ich Familie, ein Haus, Geld»UOLFolha lança portal C-Level e amplia cobertura de negócios e finançasSözcüAKP’ye geçen Bingöl’ün iddiaları Meclis’e geldi
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 13, 2026

Akar umbi Umno mahu kerjasama, tapi tetap curiga

Translate

Akar umbi Umno menyambut baik kemungkinan kerjasama dengan PAS, namun mengingatkan pucuk pimpinan supaya tidak mengulangi pengalaman Muafakat Nasional (MN) yang ‘mengecewakan’.

Wan Mohamad Yusoff Wan Abdullah

Wan Mohamad Yusoff Wan Abdullah.

Ketua Penerangan Umno Klang, Wan Mohamad Yusoff Wan Abdullah, berkata kerjasama dengan PAS perlu dibuat dengan berhati-hati kerana masih wujud kebimbangan dalam kalangan akar umbi terhadap ‘kesetiaan’ PAS.

“Jangan PAS mainkan kita. Kita dah pernah kena dalam MN. Menangis-nangis. Dalam dewan ramai yang sedih. Pemimpin kena berhati-hatilah. Kami harapkan.

“Masih ada rasa kebimbangan dalam kalangan akar umbi,” katanya ketika ditemui FMT pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Wan Mohamad mengulas usaha mengeratkan hubungan antara Umno dan PAS, berlatarkan cakap-cakap mengenai penjajaran semula politik antara Barisan Nasional dan PAS serta sekutunya dalam PN, susulan gandingan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Muafakat Nasional yang ditubuhkan Umno dan PAS pada Sept 2019 terkubur selepas PAS membentuk Perikatan Nasional bersama Bersatu, dan pada masa yang sama mahu Bersatu diterima dalam MN tetapi dibantah Umno.

Pada 9 Sept lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata Umno tidak mahu lagi ‘dipermainkan’ dalam usaha penyatuan politik Melayu-Islam dan akan lebih berhati-hati terhadap sebarang kerjasama pada masa depan.

Ahmad Sapari

Ahmad Sapari.

Ahli Jawatankuasa Umno Tenggara, Ahmad Sapari, berkata akar umbi secara umumnya tidak mempunyai masalah dengan usaha menyatukan parti-parti Melayu demi kepentingan bersama.

Beliau bagaimanapun mengingatkan Umno supaya meneliti sebarang syarat sebelum menerima kerjasama dengan PAS.

“Takut pisang berbuah dua kali. Kena lihat syarat dia. Kena teliti syarat,” katanya.

Isa Ulong

Isa Ulong.

Ahli Jawatankuasa Umno Gopeng, Isa Ulong, pula berkata kerjasama dengan PAS hanya boleh dipertimbangkan jika terdapat mekanisme yang benar-benar dapat mengukuhkan persefahaman.

“Kalau ada kerjasama kena ada yang mengukuh, kena ada sesuatu yang perlu dipegang,” katanya.

Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad

Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad.

Pada masa sama, Isa berpandangan Umno kini mempunyai ruang untuk bangkit semula, dan tidak seharusnya menganggap PAS sebagai satu-satunya penentu kekuatan politik Melayu.

Naib Ketua Umno Klang, Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad, melihat keterbukaan terhadap kerjasama dengan PAS sebagai permulaan yang baik selepas sekian lama diimpikan oleh penyokong parti Melayu.

Ditanya adakah Umno perlu berhati-hati, Sheikh Rajesh berkata kelancaran kerjasama itu bergantung kepada usaha pihak atasan menyelesaikan masalah mereka.

“Kalau atasan tak dapat selesaikan masalah, yang di bawah ini nak kerja agak susah,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.