PunchNLNG unveils AI tool to cut MRI scan timeThe Jerusalem PostWearable counter‑drone tech enters frontline service across US, Ukraine and IDF unitsBollywood HungamaMahakavya Shri Ramayan Katha producer Prakash Mahobiya alleges ‘negative marketing’; hints at big-budget Ramayana saying, “We never got a chance to reach our audience”ESPNTransfer rumors, news: Man United, Arsenal, Chelsea battle for Freiburg strikerInquirerSara Duterte: Mom prefers Baste for national politicsCNN Türk"Fon" ödemesi hangi formülle olacak?UOLTelevangelista americano Jim Bakker, envolvido em escândalos de fraude e sexo, morre aos 86 anos20 MinutenXena (24): «Sie trauen mir als Frau den Chefposten nicht zu»ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioHet Laatste NieuwsVoormalig hoofd van Duitse inlichtingendienst aangehouden op verdenking van spionage en landverraadWirtualna PolskaPrezes UOKiK: Liczymy na refleksję po stronie Google'aNHK 社会デヴィ夫人 元マネージャーなど暴行の罪で罰金20万円
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Kakak tiri dakwa alami tekanan emosi, tak gembira tinggal bersama ibu Zara

Translate

Kakak tiri Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, dia mengalami tekanan emosi yang didakwa akibat cara ibu tiri melayan dan bercakap dengannya.

Malianah Mahathir berkata, dia tinggal bersama bapa kandungnya, Mahathir Hashim dan ibu tirinya, Noraidah Lamat, yang juga ibu Zara Qairina kira-kira tujuh bulan dari akhir 2011 sehingga Jun 2012.

Saksi ke-81 itu berkata, Noraidah melayannya dengan baik ketika bapanya di rumah, tetapi mendakwa layanan itu berubah setiap kali bapanya keluar bekerja selama beberapa hari.

“Sepanjang masa saya tinggal bersama ibu tiri, dia pandai berpura-pura. Apabila bapa saya ada di rumah, dia akan melayan saya dengan baik.

“Tetapi, apabila bapa saya keluar bekerja sebagai pemandu di Sabah Oil & Gas Kimanis, sikapnya akan berubah dan tidak menyukai saya,” katanya menurut Berita Harian ketika membaca kenyataan saksi.

Beliau berkata, apabila bapanya tiada di rumah, dia terpaksa memasak untuk dirinya, membasuh pakaian sendiri.

“Apabila bapa tiada di rumah kerana bekerja, ibu tiri akan suruh saya tidur di dapur berhadapan tandas, walaupun rumah itu ada sebuah lagi bilik tidur kosong,” katanya sambil mendakwa Noraidah sering mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya, yang menyebabkannya mengalami tekanan emosi.

Jelasnya, Zara Qairina dilahirkan pada 2013 selepas dia tidak lagi tinggal bersama bapa dan ibu tirinya, selain mendakwa tidak pernah bertemu atau berhubung dengan adik tirinya.

Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan ibu tirinya melalui Facebook pada 2019 untuk bertanya di mana bapanya berada dan Noraidah kemudian memberi nombor telefon suaminya kepada Malianah.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bawah asramanya pada 16 Julai 2025 dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, keesokannya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.