ESPN DeportesSantos remonta a Toluca y logra su segundo triunfo de visita en 41 partidosESPNCubs' Bregman hit in face by foul ball while on deck, sent to hospital for testsSözcü236 milyonluk para trafiğini açıklayamadıUOLDefesa Civil emite alerta para tempestade, granizo e fortes ventos no RSБи-би-си«Катастрофа». Партия Мерца не проходит в региональный парламент по итогам выборов в Мекленбурге-Передней ПомеранииLenta.ruВ США отреагировали на угрозы Зеленского закрыть небо над РоссиейNew Straits TimesPutin's party set to retain power after Russia vote hit by cyberattacks, drones中国新闻网长江生态环保集团有限公司副总经理袁建伟接受审查调查Daily MailHappy BEAR-thday! Giant pandas across the world celebrate milestonesEl TiempoGrave incendio en el cerro de San Marcos en Villa de Leyva: declaran calamidad pública y suspenden las clasesCNN BrasilInternacional anuncia demissão do técnico Paulo PezzolanoFrance 24US, China discuss AI safety ahead of Trump-Xi summit
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 21, 2026

Yang sokong penyakau tak ‘resign’, yang menentang letak jawatan

Translate

tajuddin rasdi

Di Malaysia sekarang, dunia dah terbalik. Mereka yang bermuka-muka dengan musuh politik tetapi masih enjoy jadi menteri, macam tak ada malu langsung. Lepas itu, mereka juga yang menyokong penyakau wang rakyat tetapi tak kisah nak letak jawatan pun. Namun demikian, ada yang berhempas pulas menentang sakauan duit rakyat, dihina sebagai ejen penjajah, sebagai musuh Islam; nampaknya mereka ini pula yang ada maruah dan integriti serta sanggup meletak jawatan.

Jadi, saya amat memuji tindakan kepimpinan DAP, saudara Loke Siew Fook yang sanggup mengorbankan jawatannya demi mempertahankan nilai serta integriti partinya yang menentang sesiapa yang merompak duit kepunyaan semua rakyat Malaysia. Saya jangka bahawa Loke akan berkeras untuk meletak jawatan walaupun nanti dipujuk supaya jangan oleh Anwar Ibrahim. Loke memilih untuk mengambil jalan sebagai kapten kapal yang mengambil tanggungjawab tertinggi sekali. Ini baru peletakan jawatan yang bertanggungjawab, berintegriti dan berstrategik. Bukan peletakan ada satu dua bekas menteri yang merajuk kalah jawatan parti. Bukan juga olok-olokan hulubalang Melaka yang kata nak berhenti tetapi sampai hari ini pun haram tak berhenti.

Loke adalah pemimpin yang saya cukup hormati. Seketika 2022, November di mana negara hampir jatuh ke tangan Perikatan Nasional, Loke telah dengan sendirinya terbang ke Kuching berjumpa terus dengan Abang Jo, seteru DAP di Sarawak untuk berdamai. Langkah ini adalah suatu pengorbanan ego yang besar demi menyelamatkan Malaysia dari jatuh ke tangan parti politik perkauman.

Saya juga masih ingat kata-kata Loke bahawa DAP menawarkan untuk tidak menyertai Kabinet secara langsung kerana takut Umno tidak bersetuju untuk bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan Agong. Ini suatu pengorbanan besar jika ia berlaku tetapi tidak sedemikian dan Umno bekerjasama dengan DAP sambil membiarkan Dr Akmal Saleh menyalak di luar menghina parti kawan itu. Biasalah, taktik Umno.

DAP, kini, dalam kes pengampunan bersyarat Najib Razak bakal menjadi hero atau perwira yang menyelamatkan Pakatan Harapan di PRU16 nanti. Loke menjelaskan bahawa kepimpinan DAP mengambil keputusan untuk tidak keluar semua daripada Kabinet kerajaan perpaduan supaya menjaga kestabilan politiknya.

DAP tidak mahu memberi peluang kepada musuh-musuh dalam dan luar menggunakan kekosongan Kabinet untuk peluru-peluru mereka. Maka itu Loke mencadangkan bahawa hanya beliau sahaja menjadi simbol yang terkilan atas pengampunan bersyarat Najib walaupun menghormati keputusan Agong. Walaupun ramai ahli Kabinet lain yang menawarkan diri untuk meletak jawatan, namun Loke berkeras supaya beliau seorang sahaja yang resign. Hebat. A real leader.

Keputusan ini sekali gus akan melenyapkan kata-kata sinis dan perli-perli geng Umno, PAS dan PN serta Barisan Nasional yang menyinggung isu peletakan jawatan kerana Nga Kor Ming yang membuat kenyataan tersebut.

Keputusan ini juga akan menjadi rangsangan kepada penyokong-penyokong DAP yang sebelum ini ada yang agak tawar hati dengan parti itu sehinggakan memberi protest vote kepada MCA. Sekarang, siapa yang lebih matang dan berani? Keputusan Loke juga akan memberi suatu persepsi kekaguman kepada pengundi-pengundi atas pagar yang juga terkilan dengan keputusan pengampunan bersyarat ini. Apatah lagi bila melihat rumah Najib yang sebesar istana yang mungkin bakal dihuninya selama dua tahun lagi.

Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada saudara Loke. I am sorry to see you go as a good performing minister. Namun demikian, sebagai pemimpin, pengorbanan sedemikian adalah yang paling nyata, terbaik dan bermakna bukan sahaja kepada parti sendiri tetapi juga kepada orang tua seperti saya, rakyat Malaysia yang biasa. Saya berasa amat bertuah mengenali seorang pemimpin rakyat Malaysia yang berwibawa, profesional dan berintegriti sebagai pemimpin anak cucu saya di Malaysia kini dan masa depan.

Syabas, Loke, way to go, sir.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.