PunchMorning recap: Again, Nigerians lose savings to Ponzi scheme, Dangote refinery raises petrol gantry price, other top storiesESPN Deportes49ers extienden contrato de Shanahan, fuentesוואלהדיווח: ארה"ב תגביל את חלונות הזמן להגנה אווירית על מכליות במצר הורמוזESPNBen Shelton's shot at history comes Sunday in the US Open finalInquirerRidon to Sara Duterte: Attend Monday’s Senate impeachment trialХабрВы узнаете о клике через девять дней, и не от того, кто кликнулSözcüAmasya’da motosiklet bariyerlere çarptı: 18 yaşındaki sürücü hayatını kaybettiRapplerNew rules, new season: What to know about UAAP 2026-2027Cumhuriyetİzmir'in en uç noktasında saklanan el değmemiş cennet! Nergis kokulu sokakları ve turkuaz koyları ile Karaburun...InteriaPolski oficer w pojedynkę zatrzymał Niemców. Generał oddał mu własny orderLa NaciónUn geriátrico en Chile sufrió un incendio: hay al menos 16 muertos20 MinutenEinbrecher in der Villa – Thierry nimmt die Verfolgung auf
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Umno Kedah sedia bincang dengan PAS, bukan ‘parti kucing’ dalam PN

Translate

Umno Kedah menamakan PAS sebagai parti untuk perbincangan kerjasama politik bagi menghadapi PRU16, dan menolak Perikatan Nasional.

Ketua Penerangan Shaiful Hazizy Zainal Abidin mengumumkan Umno Kedah akan memulakan perbincangan dengan PAS dan tidak dengan PN.

“Kita akan memulakan ‘minum kopi’ kita dengan parti PAS, tetapi tidak dengan PN sebab di dalam PN ada ‘parti kucing’, parti yang baru dua hari ditubuhkan,” katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Berhubung ‘parti kucing’ yang diperkatakan itu, Shaiful tidak menamakan mana-mana pihak dan menjelaskan beliau menggunakan istilah yang disebut oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor, ketika muktamar tahunan PAS baru-baru ini.

Pada 5 Sept lalu, Sanusi mengumumkan PAS tidak mahu lagi menyerahkan kerusi yang berpotensi dimenangi kepada parti lain pada pilihan raya akan datang, mengatakan PAS sudah terlalu lama berdepan keadaan di mana kekuatan dan sokongan yang dimiliki tidak diterjemahkan sepenuhnya kepada penguasaan politik.

Sanusi juga berkata PAS perlu berhenti berasa rendah diri ketika berunding dengan parti lain, mengatakan PAS dengan sejarah politik yang panjang dan kekuatan yang besar tidak patut ikut ‘parti kucing’ yang baru sahajd ditubuhkan.

Sanusi tidak menamakan mana-mana parti.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, memaklumkan kepada pemberita bahawa Umno Kedah bebas membuat ‘apa sahaja perbincangan’ di peringkat negeri memandangkan Umno tidak boleh menggunakan satu formula untuk semua negeri.

“Apa jua perbincangan mereka itu mereka perlu bawa ke pengetahuan ibu pejabat dan tiba masanya nanti pengurusan di ibu pejabat akan meneliti setiap apa jua rundingan perbincangan yang dilakukan,” katanya di tepian PAU 2026.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.