CNN TürkABD ara seçime gidiyor: Trump'ı hezimet mi bekliyor?The Jerusalem PostIsraeli, US flags burned in Lyon as economic protests turn violent in European citiesSky TG24Pagine, la rassegna stampa di Sky TG24 del primo novembrePunchFans renew Funke Akindele-Toyin Abraham rivalry ahead of December releasesInquirerMarcos urges Filipinos to turn Undas spirit into acts of kindnessInquirer EntertainmentRonnie Liang now authorized to fly Philippine Army aircraftZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio매일경제출근길 15분, 주말엔 정주행 … 투자 지식도 '복리 효과' 있네20 Minuten«Wo ist Yannik?»: Heidis rührende Geste an der Halloween-PartySözcüİstanbul barajlarında doluluk yüzde 53,74: Pabuçdere yüzde 2,76’daHabertürkKasım ayında 9 oyun seyirciyle buluşuyorFotogramasMeryl Streep, sobre la pérdida de su primer novio: "Sobre todo para mí, que estoy atada a todo tipo de debilidades humanas, él era un tipo que le daba sentido a todo"
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Sabah, Sarawak tak terpinggir dalam naik taraf jalan luar bandar, kata Tengku Zafrul

Translate

Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan dalam peruntukan pembangunan jalan luar bandar, sebaliknya kedua-dua negeri itu terus diberi keutamaan dengan peruntukan yang meningkat hampir tiga kali ganda bagi tempoh 2023 hingga 2027 berbanding lima tahun sebelumnya, kata Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menurut bekas menteri kewangan dan menteri pelaburan, perdagangan dan industri itu, perbelanjaan jalan luar bandar bagi tempoh 2018 hingga 2022 berjumlah RM3.7 bilion manakala bagi tempoh 2023 hingga 2027 meningkat kepada RM11 bilion, termasuk peruntukan tahun ini dan tahun hadapan.

Beliau berkata peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak yang setiap tahun menerima kira-kira separuh daripada keseluruhan perbelanjaan jalan luar bandar negara.

Tengku Zafrul menerusi hantaran di laman sosial beliau berkata perbelanjaan sebenar bagi pembangunan jalan luar bandar di kedua-dua negeri itu mencecah RM1.41 bilion tahun ini, iaitu jumlah tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

“Sejak 2023, sebanyak RM4.6 bilion telah dibelanjakan. Setiap tahun kira-kira separuh daripada perbelanjaan jalan luar bandar seluruh negara disalurkan ke Sabah dan Sarawak.

“Sabah dan Sarawak tidak dipinggirkan. Sabah dan Sarawak didahulukan,” kata pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan penasihat kanan politik perdana menteri Anwar Ibrahim itu.

Mengulas mengenai penangguhan beberapa projek jalan luar bandar, Tengku Zafrul berkata langkah itu perlu dilihat dalam konteks pengurusan kewangan negara dan peningkatan komitmen kontrak yang melebihi peruntukan asal diluluskan Parlimen.

Beliau berkata sejak 2022, perbelanjaan jalan luar bandar setiap tahun telah melebihi peruntukan asal yang diluluskan Parlimen, sekali gus menyebabkan komitmen kontrak terus meningkat sehingga berlaku tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Menurutnya Kementerian Kewangan (MoF) perlu mengimbangi keperluan peruntukan semua kementerian termasuk sektor kesihatan, pendidikan dan pembangunan luar bandar.

“Apabila sebuah kementerian membuat komitmen melebihi peruntukan yang diluluskan, MoF terpaksa mencari jalan untuk menampungnya.

“Dalam kes ini, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan meluluskan perbelanjaan tambahan RM500 juta bagi 2026, menggunakan hasil penjimatan daripada peruntukan pembangunan kementerian lain supaya tunggakan kepada kontraktor dapat dijelaskan,” katanya.

Antara kementerian yang terlibat ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Ekonomi.

Tengku Zafrul menegaskan penangguhan kontrak baharu tidak bermaksud projek sedia ada dibatalkan dan MoF pula tidak pernah mengeluarkan arahan untuk membatalkan projek berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata penangguhan kontrak baharu dilaksanakan bagi mengelakkan tunggakan bayaran terus meningkat dan memastikan komitmen kewangan kerajaan kekal terkawal.

“Penangguhan kontrak baharu juga tidak bererti projek sedia ada dibatalkan. MoF tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan. Kontrak baharu ditangguhkan bagi mengelakkan tunggakan bayaran terus meningkat. Itu dua perkara yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata pengurusan kewangan negara perlu dilaksanakan secara berhemah dengan mengambil kira bukan sahaja kelulusan sesuatu projek, malah keupayaan kerajaan menyediakan peruntukan mencukupi untuk membiayai pelaksanaannya.

Menurutnya kerajaan memahami keperluan penduduk di kebanyakan kampung di Sabah dan Sarawak yang masih menantikan kemudahan jalan raya yang lebih baik.

Sehubungan itu, Belanjawan 2027 terus menyediakan RM2.27 bilion bagi pembangunan jalan luar bandar selain RM34.9 bilion untuk Sabah dan Sarawak, iaitu jumlah tertinggi antara semua negeri.

“Sabah dan Sarawak tidak wajar dijadikan modal politik oleh sesiapa. Seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, peruntukan sahaja tidak mencukupi tanpa tadbir urus yang baik.

“Apa yang penting projek dilaksanakan, kontraktor dibayar dan rakyat mendapat manfaat. Itulah keutamaan kita,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.