The Jerusalem PostJim Bakker, TV preacher felled by scandals, dies at 86CNN TürkÖZET | Fransa, Belçika karşısında son dakikalarda farka gittiPunchTrump approves firing squad execution of US Army base shooterESPN DeportesBraves saca triunfo de Los Ángeles y va a casa 1-1InquirerDay 34 of Duterte trial: Defense resumes AMLC records cross-examESPNPadres deny Miller was pitch-tipping, might limit him to one inningDaily MaverickWELLNESS: Should you track your sleep? The pros, cons and realities of sleep trackersBollywood HungamaRam Gopal Varma reacts to Janhvi Kapoor ‘Chuttamalle’ song deepfake row: “The smart thing would have been to concentrate on catching the perpetrator”한겨레[단독] 철도 유휴부지 무단점유 변상금 615억원 미납…서울시 경의선숲길만 ‘476억원’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFObservador DesportoExportações lusófonas para a China fixam novo recordeHet Laatste NieuwsKIJK. Gezicht van Netanyahu spreekt boekdelen wanneer toespraak tijdens herdenkingsdag wordt verstoord
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Belanjawan 2027: Ekonomi kreatif antara fokus Kementerian Komunikasi, kata Fahmi

Translate

Ekonomi kreatif atau ‘ekonomi jingga’ menjadi antara fokus utama Kementerian Komunikasi dalam cadangannya bagi Belanjawan 2027, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata kementerian itu bukan sahaja memberi perhatian kepada program sedia ada di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan jabatan lain, malah mahu meneroka bidang baharu yang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Kita juga melihat kepada satu bidang baharu iaitu ekonomi jingga atau ekonomi kreatif, memandangkan kita sudah menubuhkan Majlis Ekonomi Jingga yang akan melihat kepada pembangunan ekonomi kreatif meliputi filem, animasi, muzik serta seni dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sesi perbincangan mengenai Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Universiti Malaya.

Kerajaan pada April lalu mengumumkan rancangan menubuhkan Majlis Ekonomi Jingga bagi memperkukuh industri kreatif sebagai antara sektor berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, industri kebudayaan dan kreatif menyumbang 6.8% kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2024, dengan nilai RM130.7 bilion.

Mengenai RMK13, Fahmi menegaskan setiap projek perlu dilaksanakan dengan tadbir urus yang ketat, telus dan berteraskan usaha membanteras rasuah kerana ia membabitkan penggunaan dana awam.

Beliau berkata pandangan serta hasil kajian ahli akademik yang dibentangkan dalam sesi berkenaan akan dihimpunkan dalam satu laporan untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.