PunchFG’s oil revenue tumbles N1.44tn despite price boomThe Jerusalem PostCOGAT chief meets UN officials to advance Gaza winter aid preparationsCNN TürkMASTERCHEF MAVİ TAKIM KAPTANI KİM OLDU? 23 Kasım MasterChef'te takımlar nasıl oluştu?Inquirer3 passengers safe after hot air balloon misses landing in Bukidnon한겨레정성호 “민주 최고위원들, 부끄러움 몰라…동네 애들 막싸움”DeadlineAriana Grande Teases ‘Eternal Sunshine Tour’ Project At PeacockZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFThe Sydney Morning HeraldBeau Lamarre-Condon trial live updates: Judge delivers summing up to jury after defence closingEl ComercioGorillaz y su primer concierto en Lima EN VIVOESPN Deportes76ers enfrenta a Blazers y va por sexto triunfo al hilo매일경제네이버웹툰 추천 AI, 넷플릭스·아마존과 나란히 세계적 학회 논문 채택GMA NewsMANIBELA extends transport strike until Wednesday, November 25, 2026
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, November 24, 2026

Kerajaan selesai bayar balik lebihan cukai RM20.27 bilion

Translate

Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM20.271 bilion melibatkan 3.65 juta kes pembayar cukai setakat 31 Okt lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Abu Tariq Jamaluddin.

Daripada jumlah keseluruhan itu, katanya, RM13.036 bilion telah dibayar balik kepada 206,234 pembayar cukai syarikat termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Abu Tariq berkata, LHDN akan terus memperkukuh kecekapan pentadbiran cukai khususnya urusan bayaran balik lebihan cukai, pelaksanaan e-Invois dan kemudahan pematuhan bagi memastikan persekitaran percukaian negara kekal responsif terhadap keperluan komuniti perniagaan.

“(LHDN) akan terus memberikan perhatian kepada kecekapan pemprosesan, pengesahan tuntutan serta pengurusan bayaran balik, tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan tatacara yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, usaha memperkukuh kecekapan pentadbiran cukai turut memberikan tumpuan kepada pelaksanaan e-Invois dan kemudahan pematuhan bagi memastikan sistem percukaian negara kekal responsif terhadap keperluan komuniti perniagaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abu Tariq berkata, 2.25 bilion e-Invois telah dikemukakan oleh lebih 270,000 pembayar cukai setakat hari ini.

Katanya, penggunaan data e-Invois turut membantu menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela apabila lebih 97,000 pembayar cukai tampil mengemukakan borang nyata bagi tahun-tahun terdahulu, melibatkan cukai kena dibayar berjumlah RM1.68 bilion.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 1.05 juta permohonan diterima menerusi Program Khas Pengakuan SukarelaDuti Setem setakat 31 Okt lepas, dengan penalti berjumlah RM184 juta diberikan remisi penuh.

Abu Tariq berkata, program itu dilanjutkan hingga 31 Dis ini manakala pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) dijadual memasuki Fasa 2 mulai 1 Jan 2027.

Bagi membantu pembayar duti beralih kepada sistem berkenaan, Abu Tariq berkata, LHDN memberikan kelonggaran tanpa penalti sepanjang tahun ini bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem yang tidak tepat di bawah STSDS.

Beliau berkata, komuniti perniagaan merupakan rakan strategik penting dalam pembangunan ekonomi negara dan kerjasama dua hala perlu diperkukuh bagi memastikan isu percukaian dapat ditangani secara praktikal dan konsisten.

“(LHDN) akan terus memberikan perhatian kepada aspek pendidikan cukai, penerangan teknikal dan kemudahan perkhidmatan bagi membantu komuniti perniagaan menyesuaikan diri dengan keperluan pendigitalan,” katanya.

Abu Tariq berkata, LHDN juga akan terus memberikan perhatian terhadap pendidikan cukai, penerangan teknikal serta kemudahan perkhidmatan bagi membantu komuniti perniagaan khususnya PMKS menyesuaikan diri dengan keperluan pendigitalan.

Katanya, pandangan serta cadangan industri yang dikemukakan melalui sesi libat urus itu akan diteliti bagi menambah baik pentadbiran cukai, sekali gus mewujudkan persekitaran percukaian yang telus, saksama dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.