Bollywood HungamaEXCLUSIVE: Shreyaa Chaudhry of Bandish Bandits fame to star opposite Ayushmann Khurrana in YRF and Posham Pa Pictures’ MupapaCNN Türkİran: ABD'nin 7 günlük planımıza ilişkin ilettiği mesajı inceliyoruzInquirer66-year-old man found dead under bridge in Oriental MindoroPunchWhy Ronaldo warm-up controversy escalated – Coach JesusThe Jerusalem PostPrince Andrew launches lawsuit against Thames Valley Police over Epstein-linked arrestESPN'Everything just clicked' with McMillan, Young in Panthers' primetime win한겨레영국 기지 배치된 미군 B-1 폭격기 12대, 미국으로 긴급 철수ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSky TG24Ragusa, sequestrati 377 animali esotici vivi protetti nel porto di PozzalloVarietyITV Studios Travels to Mipcom With 10 New Titles on Its Formats Slate, Led by ‘The Chase Around the World’ (EXCLUSIVE)NTVSon dakika deprem mi oldu? Az önce deprem nerede oldu? İstanbul, Ankara, İzmir ve il il AFAD son depremler 05 Ekim 2026Daily MailAnti-migrant protesters scuffle with police after nearly 150 small boat arrivals use 'new route' to land at historic naval port
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 5, 2026

Fadhlina nafi dakwaan kes di sekolah sebelum ini ‘didiamkan’

Translate

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan bahawa kes-kes di sekolah sebelum ini telah ‘didiamkan’, dengan berkata siasatan dan proses lain terus dijalankan walaupun sudah tidak lagi menjadi perhatian umum.

Bercakap pada sidang media di Parlimen, Fadhlina berkata sesuatu kes tidak terhenti hanya kerana ia tidak lagi menjadi tajuk utama berita atau perbualan di media sosial.

“Siasatan, tindakan tatatertib, prosiding undang-undang dan intervensi berkaitan terus berjalan mengikut bidang kuasa pihak berkuasa masing-masing.

“Jangan kita keliru antara kes yang tidak lagi mendapat perhatian umum dengan kes yang telah dihentikan atau didiamkan,” katanya.

Fadhlina turut berkata Kementerian Pendidikan bersedia menyemak mana-mana kes yang didakwa tidak menerima tindakan sewajarnya.

“Jika terdapat kes yang didakwa tidak menerima tindakan sewajarnya, kementerian bersedia untuk menyemaknya dan memberikan penjelasan berdasarkan rekod serta status sebenar tindakan yang telah diambil,” katanya.

Beliau mengulas kematian seorang pelajar Tingkatan 4 berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, pada Sabtu lalu.

Irene Sofiya Khairoul Faisal dilaporkan ditemukan oleh neneknya kira-kira 5.30 petang, yang pergi ke sekolah selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tuisyen.

Mengenai kejadian di Yong Peng itu, Fadhlina berkata beliau telah mengarahkan semakan menyeluruh terhadap aspek pengurusan dan keselamatan di sekolah berkenaan.

Beliau berkata semakan itu meliputi kawalan akses, rondaan, kamera litar tertutup (CCTV), pematuhan terhadap prosedur operasi standard keselamatan dan prestasi syarikat keselamatan sekolah pada hari kejadian.

“Jika terdapat pelanggaran skop kontrak, tindakan boleh diambil berdasarkan terma yang ditetapkan, termasuk notis ketidakpatuhan, tindakan kewangan dan penamatan kontrak jika syarat-syaratnya dipenuhi,” katanya.

“Jika pihak-pihak dibayar untuk menjaga keselamatan sekolah tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan, kementerian akan mengambil tindakan.”

Fadhlina turut berkata kementerian menggerakkan pasukan sokongan psikososialnya untuk membantu keluarga, rakan-rakan, pelajar dan kakitangan sekolah yang terjejas.

“Kita perlu memahami bahawa kesan daripada kejadian seperti ini tidak berakhir apabila perhatian media berakhir. Terdapat kanak-kanak dan kakitangan sekolah yang memerlukan masa dan sokongan untuk kembali kepada rutin mereka,” katanya.

Hukuman rotan tak dimansuhkan

Fadhlina turut menjelaskan bahawa hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan, susulan gesaan berulang kali supaya hukuman itu dikembalikan.

Beliau berkata hukuman rotan dibenarkan terhadap pelajar lelaki yang melakukan kesalahan tertentu, tetapi mesti dilaksanakan oleh kakitangan sekolah yang diberi kuasa dan mengikut prosedur yang ketat.

“Hukuman itu tidak boleh dilaksanakan secara sesuka hati atau kerana marah, dan tidak boleh sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya.

Fadhlina berkata setiap hukuman mesti mempunyai asas yang jelas dan direkodkan mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Tambahnya, kementerian juga akan menjelaskan prosedur berkenaan supaya pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat memahami dengan jelas perkara yang dibenarkan dan perkara yang tidak dibenarkan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.