PunchNigerian health worker found dead in CanadaCNN TürkMısır'da tanker yangını faciası! 30 kişi hayatını kaybetti한겨레‘윤석열 계엄’ 사과 묻자…국힘 김민수 “민주당이 먼저 해야” 궤변South China Morning PostWhy Japan’s Takaichi cannot afford to lose another ministerZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSDP EspectáculosFátima Bosch confirma su relación con Alejandro Canahuati FarahDeadlineAmanda Seyfried Admits She “Told A Lot Of People” About Her ‘You Can See Everything’ Role: “I’m The Most Indiscreet Person”The Sydney Morning Herald‘Increasingly difficult’: Doctor fury over women’s health cutsVarietyJudge Blocks FCC Move Against ABC Station Licenses: ‘This Is Not a Close Case’Daily MailDuran Duran guitarist Andy Taylor dies aged 65 after 'long and courageous battle with prostate cancer'Lenta.ruРоссиян предупредили о мошенниках под видом коллекторов경향신문출퇴근 버스서도 끊김없이 와이파이 쓴다…LG유플러스, 전국 3만대에 최신 망 구축
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, November 26, 2026

Kerajaan kaji tubuh dana kekayaan AI untuk manfaat rakyat

Translate

Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan dana kekayaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan manfaat ekonomi yang diperoleh negara daripada perkembangan teknologi itu turut dinikmati rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital diminta menjalankan kajian terperinci mengenai langkah yang boleh diambil seperti cadangan Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders untuk menggubal undang-undang bagi menubuhkan dana AI dan membayar dividen kepada rakyat negara itu.

“Dari segi prinsip, saya setuju malah tidak tunggu tentang undang-undang. Umpamanya bila kita letakkan syarat gaji minimum tentunya (perkara itu) juga syarat yang harus dipatuhi oleh syarikat multinasional (MNC).

“Walaupun pada peringkat awal mereka bantah sebab dia (mereka) kata datang ke Malaysia kerana upah yang rendah. Saya kata tidak, itu mungkin 30 tahun dulu. Sekarang dia mesti terima kenyataan bahawa taraf hidup rakyat telah meningkat,” katanya pada program ‘Dialog Negara’, yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan RTMKlik malam ini.

Program itu turut disiarkan serentak di Bernama TV, Astro AWANI, TV3, TV AlHijrah dan TVS.

Perdana menteri berkata Malaysia menetapkan syarat tegas terhadap kemasukan pelabur asing dalam sektor AI, termasuk perlu menyediakan infrastruktur bekalan air dan latihan penguasaan dalam teknologi AI kepada warga tempatan.

“Umpamanya yang terakhir dengan Google, USD15 bilion masuk. Apa syarat kita? Yang belum kita lakukan, dia belanja RM600 juta siapkan bekalan air di Negeri Sembilan. Dia pastikan latihan 1,000 anak-anak kita bukan sekadar pengenalan pencerahan tentang AI, tetapi penguasaan yang lebih tinggi kerjasama dengan Universiti Malaya umpamanya.

“Itu hal-hal yang kita letakkan syarat sebelum mereka masuk. Kalau syaratnya terlalu banyak dan membebankan, mungkin dia tidak datang tetapi saya setuju bahawa kita harus tegas menunjukkan kesediaan kita mengundang pelabur tetapi jangan menyebabkan kesenjangan itu terus membengkak dan melebar.

“Ini masalah kita bukan sahaja soal AI, seluruh pertumbuhan ekonomi negara dalam sistem tanpa campur tangan dan asakan daripada pimpinan politik negara, dia akan menyebabkan kesenjangan. AI dia menyebabkan ketidaksamaan yang ketara, jadi kita harus membendung hal ini,” katanya.

Mengulas cabaran terhadap peluang pekerjaan rakyat tempatan susulan kepesatan perkembangan AI, Anwar berkata kemunculan teknologi baharu serta kejutan dalam era pascanormal turut mencetuskan pelbagai permasalahan, termasuk dalam aspek kewangan.

Bagaimanapun, beliau berkata kebijaksanaan dan kepintaran manusia membolehkan permasalahan yang bakal timbul dijangka serta penyelesaian dikenal pasti.

Perdana menteri berkata jabatan kerajaan dan sektor swasta perlu diberi sokongan yang boleh mewujudkan kepada peluang pekerjaan baharu seiring perubahan teknologi terkini.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.