InquirerPanelo: ‘Dark horse’ could replace Sara Duterte in 2028ESPNCan Ravens win big with Tyler Huntley? Are the Vikings legit? Big questions, lessons from NFL Week 5ESPN DeportesRavens no extrañaron a Lamar y vencieron a domicilio a Falcons en tiempos extraThe Jerusalem PostNorth Korea launches multiple ballistic missiles, South Korea saysDaily MaverickPOWER GUZZLERS OP-ED: Big Tech or public good? What Cape Town’s data centre battle means for residentsInquirer EntertainmentThai bet crowned Miss Asia Pacific International한겨레경찰청장 대행 “한동훈 딸 의혹, 새 사실 드러나면 재수사 검토”Bollywood HungamaRamayana to release in nearly 40 languages worldwide; Namit Malhotra and team mount an unprecedented overseas releaseZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN Türk12 EKİM BUGÜN HAVA DURUMU: İSTANBUL, İZMİR, ANKARA | Sıcak ve güneşli hava yerine sağanak geliyor!النهاردراسة جديدة تكشف عيوباً خفية في أشباه الموصلات عبر تحليل الضوءRMF24Dwie osoby nie żyją. Wieczorna tragedia w Gdyni
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

Murid disaran kekal di asrama ketika sekolah ditutup akibat jerebu

Translate

Murid asrama disarankan terus berada di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat jerebu, selagi keadaan selamat dan kebajikan mereka terjamin, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurutnya, langkah itu disyorkan bagi mengelakkan ibu bapa terbeban urusan logistik mengambil dan menghantar anak berulang kali sepanjang tempoh penutupan berulang.

Pada masa sama, katanya, beliau memahami keresahan ibu bapa dan meminta keputusan penutupan sekolah dimaklumkan seawal mungkin bagi memberi ruang kepada ibu bapa membuat persediaan.

Bagaimanapun, jelasnya, bacaan indeks pencemaran udara boleh berubah mengikut masa dan lokasi, manakala penutupan sekolah perlu mengambil kira keadaan semasa di setiap kawasan.

“Pengurusan jerebu juga melibatkan tanggungjawab lebih luas. Jabatan Alam Sekitar berperanan memantau kualiti udara dan menangani isu pencemaran, manakala Kementerian Kesihatan memberikan panduan berkaitan risiko kesihatan kepada masyarakat.

“Kementerian Pendidikan (KPM) pula memberi tumpuan kepada keselamatan murid dan pengurusan operasi sekolah berdasarkan keadaan semasa,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata, pengalaman Covid-19 juga mengajar betapa besarnya kesan gangguan persekolahan terhadap pembelajaran anak-anak, justeru usaha menangani keciciran pembelajaran masih diteruskan, khasnya apabila kemudahan pengajaran dan pembelajaran di rumah tidak sama bagi setiap murid.

“KPM akan terus memantau keadaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah serta memperbaiki penyampaian maklumat kepada ibu bapa. Terima kasih kepada semua ibu bapa atas pandangan dan kesabaran sepanjang kita berdepan situasi ini,” katanya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.