Daily MaverickTHE LOWLY NEWSPAPERMAN: Pretoria shifts from appeasement to resistance after unrelenting US pressureCNN TürkMiçotakis'e Netanyahu tepkisi: "Daha büyük utanç yok"PunchI play football for fun, not Money — YamalThe Jerusalem PostTwo years after Hassan Nasrallah's assassination in Beirut, Hezbollah is still trying to rebuildESPNUSMNT player ratings: Ellis gets 9, Berhalter 10 in Peru rout한겨레특수교육 학생 늘어나는데 교사는 부족…법정 기준보다 4600명 모자라UOLDoula voluntária, Dona Rô acompanha gestantes em hospital público de São Paulo há 27 anosSözcüGüneş panellerini çatıya kitap gibi dizmeye başladılarVanguardAbuja gas explosion: Car crash sparks inferno, injures driver, damages police postIl Sole 24 OreMazzi: «Il turismo è industria. Siamo sopra la Spagna: primi per notti nell’Ue»Het Laatste NieuwsRonderensters boven en lange solo toch riskant: wat kunnen Belgische mannen leren uit de spannende dameswedstrijd?n-tv"Ist ein Sternchen": Doppelpack statt Kopf ab: Umstrittener Brunner glänzt bei DFB-Debüt
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 27, 2026

PAS hanya boleh salahkan diri sendiri, kata Ramasamy

Translate

Pengerusi Urimai P Ramasamy menyelar PAS berhubung penggantungan Perikatan Nasional (PN), dengan berkata parti Islam itu tidak boleh menyalahkan sesiapa selain dirinya sendiri.

Ramasamy mendakwa PAS membuat beberapa keputusan sewenang-wenangnya selepas mengambil alih jawatan pengerusi PN, malah sebelum Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengeluarkan notis tunjuk sebab dan menggantung gabungan itu.

Katanya, terdapat usaha secara ‘sistematik’ untuk mengetepikan Bersatu daripada memainkan peranan aktif dalam PN selepas PAS menamatkan kerjasama politik dengan parti itu pada Jun.

“Aduan Bersatu kepada JPMM antara lain berkaitan pengecualian parti itu daripada menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai serta persoalan mengenai status keahliannya dalam gabungan itu.

“Kemasukan Wawasan (tanpa perbincangan sewajarnya) juga merupakan usaha sengaja untuk mengetepikan Bersatu.

“Walaupun tindakan politik mungkin tidak melanggar peraturan dan undang-undang, isu utamanya ialah tindakan sengaja mengetepikan keperluan yang ditetapkan dalam perlembagaan gabungan itu,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bekas pemimpin DAP itu mendakwa PAS mengamalkan dua set peraturan dalam menerajui gabungan tersebut, semata-mata untuk memastikan parti itu mendominasi dan mengawal PN.

Ramasamy berkata, PAS tidak boleh ‘berpura-pura menjadi mangsa’ atau menolak tindakan JPPM sebagai penganiayaan politik apabila tindakan parti Islam itu dalam menerajui PN sememangnya wajar dikenakan penggantungan.

“Bagaimana sesebuah gabungan boleh mendakwa dirinya demokratik apabila salah satu parti komponennya dinafikan peluang untuk menghadiri mesyuarat, menyuarakan pandangan dan mengundi mengenai keputusan yang memberi kesan kepada gabungan itu?

“Gabungan politik tidak boleh menuntut akauntabiliti daripada pihak lain sedangkan pada masa yang sama enggan mengamalkan akauntabiliti dalam kalangan anggotanya sendiri,” katanya.

JPMM menggantung PN awal minggu ini selepas mengeluarkan notis tunjuk sebab susulan aduan yang dibuat oleh Bersatu.

Takiyuddin Hassan, yang merupakan setiausaha agung PAS dan PN, kemudian membayangkan bahawa tekanan politik mungkin menjadi punca penggantungan tersebut.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.