The Jerusalem PostHamas sees Gaza war as victory, believes Israel's destruction is still possible, official warnsCNN TürkMHP'den nüfus artışı için 20 öneriPunchLeBron James begins final NBA season with defeat to NetsESPNAces' Wilson wins 5th MVP, says she'll nix pregame ceremony to focus on Game 3Inquirer2 homegrown technologies advance toward wider use in South LuzonZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLPacientes com dengue chegam em estado mais grave às UTIs do SUS do que na rede privada, diz estudoComplete Sports‘I’m Going Back To School’ –Tottenham Star Joins Harvard Business ProgramSky TG24La nuova legge elettorale sui giornali: le Pagine di oggiObservador DesportoColisão entre carruagens do Metro Sul do Tejo em AlmadaNotJustOkWurlD finds his groove on the smooth, silky 'Da Da'Het Laatste NieuwsHoe Kimi Antonelli dit weekend al wereldkampioen kan worden, zonder het zelf te weten
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 9, 2026

Warga Filipina tempah jet persendirian, kata polis berkait rampasan dadah 521kg di Laos

Translate

Seorang warga Filipina dipercayai dalang sindiket penyeludupan dadah menempah jet persendirian yang dikaitkan dengan rampasan 521kg methamphetamine di Laos pada 23 Sept lalu, kira-kira seminggu sebelum kejadian itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata individu itu menempah perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan persendirian yang dikenal pasti dimiliki empat individu, iaitu dua juruterbang warga Malaysia dan dua warga Singapura, dengan bayaran USD49,500.

Beliau berkata, tempahan itu bagi penerbangan dari Laos ke Manila, Filipina dengan barangan yang diisytiharkan sebagai produk vape.

“Maklumat pengisytiharan barangan yang dibawa dalam penerbangan itu diperoleh berdasarkan manifes yang kita dapatkan di Subang serta maklumat daripada pihak berkuasa Laos.

“Jadi, kita masih menyiasat sama ada pemilik syarikat ini terbabit dalam sindiket berkenaan atau mereka turut digunakan sindiket,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur.

Hussein berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan butiran lanjut mengenai warga Filipina yang dipercayai membuat tempahan berkenaan dan maklumat itu dikongsi dengan Philippine Drug Enforcement Agency bagi membantu mengesannya.

Berdasarkan siasatan awal, individu terbabit dipercayai kali pertama menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan selepas mendapati ia menawarkan harga paling rendah bagi laluan penerbangan tersebut.

Syarikat terbabit katanya, mempunyai dua syarikat berdaftar di Kemboja, selain beroperasi di Malaysia dengan dua jet ditempatkan di Subang.

Hussein berkata, syarikat penerbangan itu mendapat kelulusan untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan pada Julai 2026 dan setakat ini menerima sembilan tempahan penerbangan, dengan penerbangan ke Laos yang kelapan.

“Pemilik syarikat itu adalah juruterbang yang telah lama berkhidmat dalam pelbagai syarikat penerbangan dan kini menubuhkan sebuah syarikat penerbangan untuk menawarkan perkhidmatan komersial secara persendirian.”

Mengulas penahanan seorang lelaki tempatan yang juga pemilik syarikat penerbangan persendirian berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, bersama tiga individu lain Rabu lalu, beliau berkata, mereka telah dibebaskan selepas keterangan direkodkan.

Jelasnya, polis masih menunggu persetujuan serta pelepasan pihak berkuasa Laos bagi membolehkan pegawai dihantar ke negara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada rakyat Malaysia ditahan.

Media melaporkan 1 Okt lalu, polis Laos merampas 521kg crystal methamphetamine dalam 500 bungkusan daripada sebuah jet persendirian jenis Learjet yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang dari Subang.

Jet berkenaan berlepas dari Subang menuju Luang Prabang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum 521kg methamphetamine dimuatkan ke dalam pesawat selepas tiba di Laos, dipercayai untuk dihantar ke Manila, Filipina.

Susulan rampasan itu, 13 individu termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, penumpang warga Filipina serta kakitangan lapangan terbang dan syarikat perkhidmatan darat ditahan pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.