ESPN DeportesCon gol de Luis Suárez, Inter Miami abre el cerrojo de CincinnatiThe Jerusalem PostA different flamenco perspective comes to Tel AvivPunchGroup pledges massive votes for TinubuCNN TürkBakan Çiftçi'den 29 Ekim uyarısı! 4 ilde turuncu alarmESPNEvery Premier League team ranked by bang-for-buck: What if they spent like Man City?InquirerAuthorities seize P2.2M in contraband cigarettes in Sultan Kudarat townZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDF한겨레경기 버스, 30일 총파업 코앞…도, 전세버스·전철 ‘비상수송대책’ColliderNetflix’s Most-Watched Series Ever Officially Won’t Return in 2026UOLDeputados pedem investigação de listas de boicote e agressões em SC: Não estamos no nazismoSBS 뉴스장동혁 "선관위·특검, 야반도주하듯 투표함 들고 사라져…부정선거 증거 쏟아져"Global News‘Indestructible’ Downtown Eastside toilet suddenly out of service
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

Mengapa belia Malaysia tidak turun ke jalanan

Translate

Kelesuan politik serta keraguan sama ada demonstrasi mampu membawa perubahan mungkin menjadi antara sebab golongan muda di Malaysia tidak turun ke jalanan, walaupun mereka berdepan banyak masalah sama yang mencetuskan protes di Eropah, kata seorang ahli akademik.

Protes membabitkan golongan muda tercetus di beberapa negara seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal berhubung isu gaji rendah, harga rumah tidak mampu dimiliki, peningkatan kos sara hidup serta masalah pendidikan. Sebahagian demonstrasi itu turut bertukar ganas.

Penganalisis politik Khoo Ying Hooi dari Universiti Malaya yang mengkaji gerakan sosial dan protes berkata anak muda Malaysia turut berkongsi banyak keresahan sama seperti golongan muda di Eropah.

Namun, katanya, Malaysia masih belum mempunyai gerakan belia bebas yang tersusun dan berterusan, khususnya dalam memperjuangkan isu ekonomi.

Khoo Ying Hooi

Khoo Ying Hooi.

Khoo, yang juga profesor madya dalam bidang hubungan antarabangsa dan hak asasi manusia, berkata sejarah panjang sekatan terhadap aktivisme pelajar dan perhimpunan awam di negara ini turut mewujudkan “budaya berhati-hati”.

“Namun, dalam keadaan sekarang, saya fikir faktor yang lebih penting ialah kelesuan politik dan rasa tidak percaya yang semakin meningkat terhadap institusi politik,” katanya kepada FMT.

“Bagi golongan muda, khususnya mereka yang membesar dengan menyaksikan konflik politik berulang kali serta janji yang tidak ditunaikan, mungkin timbul perasaan bahawa penyertaan dalam politik tidak semestinya membawa perubahan yang bermakna.

“Ramai anak muda Malaysia sudah penat dengan politik, terutama selepas harapan tinggi susulan pertukaran kerajaan pada 2018 akhirnya disusuli kekecewaan dan janji yang tidak tertunai.”

Khoo berkata golongan muda yang bergelut dengan gaji rendah, pekerjaan tidak terjamin dan kos hidup semakin meningkat mungkin juga tidak mempunyai masa atau tenaga untuk menyertai demonstrasi, lebih-lebih lagi jika mereka merasakan penyertaan itu tidak akan membawa perubahan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa ketiadaan demonstrasi besar-besaran tidak bermakna golongan muda tidak mengambil peduli tentang politik.

Katanya, ramai anak muda masih menyuarakan rasa tidak puas hati melalui media sosial, kempen berasaskan isu, penyertaan dalam pilihan raya serta kegiatan masyarakat.

“Namun, menyuarakan rasa tidak puas hati dan membina sebuah gerakan yang berterusan adalah dua perkara berbeza.

“Media sosial boleh menarik perhatian ramai dalam masa singkat, tetapi perhatian itu tidak semestinya berkembang menjadi organisasi yang berkekalan atau tekanan politik yang berterusan.

“Kita mungkin sedang melihat satu generasi yang kecewa dengan politik, tetapi kurang mempunyai hubungan dengan organisasi kolektif yang diperlukan untuk menggerakkan mobilisasi secara besar-besaran.

“Perkara itu sepatutnya lebih membimbangkan daripada sekadar bertanya mengapa anak muda Malaysia tidak turun ke jalanan.”

Khoo berkata sejarah gerakan pelajar di Malaysia, daripada aktivisme pada 1970-an hingga gerakan Reformasi dan Bersih, menunjukkan gerakan besar tidak terbentuk secara spontan.

Sebaliknya, katanya, ia memerlukan usaha pengorganisasian secara berterusan, tuntutan yang dikongsi bersama serta keupayaan membina kerjasama antara pelbagai kelompok masyarakat.

Bagi isu ekonomi mencetuskan gerakan sebesar itu, Khoo berkata golongan muda perlu mengaitkan pengalaman peribadi mereka berdepan ketidakstabilan kewangan dengan isu lebih besar seperti gaji, perumahan, ketidaksamaan dan peluang ekonomi.

Katanya, hubungan antara pelajar, pekerja muda, kesatuan sekerja, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti daripada pelbagai latar belakang kaum serta sosial juga perlu diperkukuh.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mengkaji tingkah laku politik golongan muda berkata rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup setakat ini masih terkawal, antara lain kerana kerajaan dilihat memberi perhatian terhadap keresahan rakyat.

Beliau merujuk peningkatan bantuan kewangan yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 sebagai satu contoh, sambil berkata Malaysia belum sampai ke tahap kesukaran ekonomi yang mendorong orang ramai turun ke jalanan secara besar-besaran.

Syaza Shukri

Syaza Shukri.

“Dari sudut budaya juga, khususnya dalam kalangan orang Melayu, kita diajar bahawa keadaan huru-hara adalah lebih buruk,” katanya.

Syaza berkata anak muda Malaysia juga lebih selesa meluahkan rasa tidak puas hati secara dalam talian berbanding menyertai demonstrasi yang boleh menyebabkan mereka berdepan risiko ditahan.

Namun, beliau berkata isu gaji rendah dan peningkatan kos sara hidup boleh menjadi isu politik utama, terutama jika dimanfaatkan pihak pembangkang.

Katanya, banyak bergantung kepada sama ada rakyat merasakan keresahan mereka benar-benar didengar.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.