The Jerusalem PostJim Bakker, TV preacher felled by scandals, dies at 86CNN TürkÖZET | Fransa, Belçika karşısında son dakikalarda farka gittiPunchTrump approves firing squad execution of US Army base shooterESPN DeportesBraves saca triunfo de Los Ángeles y va a casa 1-1InquirerDay 34 of Duterte trial: Defense resumes AMLC records cross-examESPNPadres deny Miller was pitch-tipping, might limit him to one inningDaily MaverickWELLNESS: Should you track your sleep? The pros, cons and realities of sleep trackersBollywood HungamaRam Gopal Varma reacts to Janhvi Kapoor ‘Chuttamalle’ song deepfake row: “The smart thing would have been to concentrate on catching the perpetrator”한겨레[단독] 철도 유휴부지 무단점유 변상금 615억원 미납…서울시 경의선숲길만 ‘476억원’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFObservador DesportoExportações lusófonas para a China fixam novo recordeHet Laatste NieuwsKIJK. Gezicht van Netanyahu spreekt boekdelen wanneer toespraak tijdens herdenkingsdag wordt verstoord
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 6, 2026

Jangan sorok kes buli demi jaga prestasi sekolah, kata Anwar

Translate

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata mahu menjaga imej serta prestasinya.

Beliau berkata tindakan menyembunyikan masalah itu kerana bimbang prestasi sekolah terjejas hanya akan mengorbankan kebajikan pelajar yang mungkin mengalami tekanan dan ketakutan untuk ke sekolah.

“Masalah ada dan kadang-kadang dilindungi kerana tak nak imej buruk, nak jaga prestasi sekolah, bagi pandangan baik.

“Padahal anak-anak merasa terdera, tertekan masuk ke sekolah. Saya setuju apa yang digesa polis, jangan sembunyikan,” katanya ketika waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat.

Anwar menjawab soalan tambahan Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang meminta pendiriannya berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Khalid Ismail bahawa sebarang isu keselamatan di sekolah perlu dilaporkan segera tanpa cuba disembunyikan demi menjaga nama baik institusi.

Anwar turut menekankan peranan ibu bapa dan keluarga dalam membendung kes buli serta penderaan, selain berharap kesedaran mengenai isu itu dapat terus dipertingkatkan.

Beliau berkata isu berkenaan amat dekat dengan jiwanya dan pernah disentuh secara tegas dalam beberapa ucapannya ketika berada di sekolah.

“Mudah-mudahan dapat selamat negara kita daripada kes yang sangat menyentuh perasaan kita,” katanya.

Anwar juga menggesa tindakan segera dalam menangani kes buli dan penderaan juga perlu dipertingkatkan, termasuk dengan memperketat peraturan serta memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Beliau mengakui ada kelemahan pada peringkat awal dalam pengendalian kes kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir dan memberi jaminan perkara itu akan diperbaiki.

“Urgency mungkin tidak dijelaskan dengan begitu baik, tetapi kita akan baiki,” katanya.

Dalam kes terbaru, Irene Sofiya Khairoul Faisal, 16, ditemukan meninggal dunia di dewan sekolah pada petang Sabtu oleh neneknya selepas mangsa tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tuisyen.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun sehingga 9 Okt bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.