וואלהאח של מבוקש ניסה לחטוף ללוחם את נשקו - הכוחות ירו בו למוותThe Jerusalem PostUS officials prepare for chaos amid concerns Trump will try use federal power to swing midtermsCNN TürkGalatasaray, Barcelona maçı öncesi stadyum zeminini yeniliyorESPNZverev claims the US Open title amid a chaotic tournament -- and seasonPunchTrump declines appeal to pardon mother accused of killing three childrenInquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Sept. 15, 2026Bollywood HungamaSooraj Pancholi DENIES link to Disha Salian death case after CBI FIR names him alongside Aaditya Thackeray, Rhea Chakraborty: “Very unfair and extremely upsetting”Inquirer EntertainmentHundred Islands Film Fest draws top original films in Pangasinan한겨레초소형군집위성 등 15기 탑재 완료…누리호 다음달 우주로Egypt IndependentYemen’s Gate of Tears: How another critical waterway became Iran’s wild cardSözcü40 kişinin yaşadığı köyde bedava ev dağıtılıyorUOLLivro resgata o romance avassalador de Marcel Duchamp e Maria Martins
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Pegawai SPRM mohon maaf kepada peguam Muhyiddin berhubung laporan polis

Translate

Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada peguam bekas perdana menteri itu, Amer Hamzah Arshad, di Mahkamah Tinggi kerana membuat laporan polis terhadapnya semalam.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mazery Zaini, 42, membuat laporan itu selepas Amer mengemukakan dokumen semalam yang mengandungi salinan rakaman perbualan dengan bekas timbalan ketua Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang didakwa Mazery sebagai dokumen sulit.

Ketika memohon maaf kepada Amer dan pihak pembelaan, Mazery memberitahu mahkamah bahawa beliau membuat laporan itu kerana bimbang dokumen berkenaan mungkin dibocorkan oleh pegawai SPRM.

“Kami tidak mahu dokumen penting dibocorkan sewenang-wenangnya. Saya tidak berniat mencemarkan imej pasukan pembelaan. Apa yang saya lakukan adalah untuk melindungi imej jabatan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Amer berkata laporan itu adalah cubaan untuk mencemarkan reputasinya dan menakut-nakutkannya.

“Tindakan membuat laporan ini dan menyebut nama saya, cuba mencemarkan reputasi saya serta memberikan maklumat palsu bahawa laporan atau dokumen itu tiada kaitan dengan kes (Muhyiddin), adalah cubaan mengelirukan orang awam dan pihak berkuasa, selain satu bentuk intimidasi.

“Saya tidak menolak kemungkinan membuat laporan terhadap pihak yang berkenaan, termasuk pegawai penyiasat, kerana membuat laporan palsu, menghina mahkamah dan mengambil apa-apa tindakan undang-undang lain,” katanya.

Amer berkata pihak pembelaan memperoleh dokumen itu daripada pasukan guaman yang mewakili Adam Radlan dan tidak mungkin menggunakan saluran yang tidak wajar untuk mendapatkannya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Nurdin bahawa laporan polis itu akan ditarik balik hari ini selepas mahkamah mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak.

Pihak pendakwaan akan meneruskan pemeriksaan semula terhadap Mazery selepas ini.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.