Amaran ribut petir di 5 negeri


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sarawak sehingga jam 9 pagi.
Dalam kenyataan di Facebook, ia berkata cuaca buruk itu melibatkan Sepang, Kuala Langat, Klang, Petaling, Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Selangor manakala di Negeri Sembilan di daerah Port Dickson dan Seremban.
Di Sarawak pula, kawasan terjejas ialah Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan warganet turut berkongsi situasi banjir di beberapa lokasi susulan hujan lebat yang melanda pagi tadi.
Antara kawasan terjejas ialah Denai Alam, Shah Alam dan juga Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh hingga menjejaskan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.