The Jerusalem PostTrump's foreign policy threatens Republicans in midterms as war, tariffs push costs up - analysisCNN Türkİstanbul’dan Muş’a uzaktan ameliyat: Türkiye’de bir ilkPunchNigerians who don’t see progress need ‘Tinubu eyeglasses’ – Remi TinubuInquirer3 fishermen rescued after boat partially sinks off Palawan islandInquirer EntertainmentApl.de.ap says new EP is a ‘shoutout’ to leaders to care for the PhilippinesESPNTransfer rumors, news: Chelsea, Bayern, Barcelona battle for Brighton defenderZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioColliderChristopher Nolan's Best Crime Thriller Officially Leaves NetflixSouth China Morning PostThousands evacuated and flights grounded as Typhoon Champi hits eastern China01net« Les écrans tactiles pires que l’alcool au volant » : cette étude choc pointe du doigt les véhicules modernesالنهارمعبر الشيب بين العراق وإيران... لماذا أُغلق وما أهميته؟HipertextualCon este simple truco de Windows, olvídate de volver a “perder” el puntero del mouse
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

251 kesalahan seksual libat pelajar IPT dari Januari hingga Ogos

Translate

Sebanyak 251 kes kesalahan seksual melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan berlaku dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.

Beliau berkata statistik daripada polis itu menunjukkan bahawa keselamatan seksual dalam persekitaran pendidikan memerlukan perhatian serius dan tindakan berterusan, lapor Bernama.

“Dalam menangani isu ini, kita bukan sahaja perlu mengetahui cara melindungi diri, tetapi juga memahami kaedah untuk membantu orang lain dengan betul,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Katanya, inisiatif Skuad Waja Siswa yang membawa maksud Wanita Anti Jenayah yang ditubuhkan kementerian adalah untuk menggalakkan penglibatan sukarelawan dan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran serta membantu menangani keganasan terhadap wanita.

Lim berkata keganasan terhadap wanita dan gangguan seksual merupakan isu serius yang tidak boleh dipandang ringan dan perkara itu bukan sahaja berlaku dalam bentuk fizikal, malah boleh merangkumi ugutan, penghinaan, manipulasi emosi, kawalan kewangan dan gangguan seksual.

“Penting untuk semua mengetahui bahawa terdapat saluran untuk mendapatkan bantuan dan pembelaan dan saya berharap pendedahan melalui program ini dapat membantu mahasiswa memahami hak mereka serta mengetahui langkah yang boleh diambil sekiranya berhadapan dengan gangguan seksual,” katanya.

Setakat September, sebanyak 340,667 sukarelawan menyertai Skuad Waja di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 264,461 orang ialah golongan wanita, manakala 76,206 orang ialah peserta lelaki.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.