The Jerusalem PostTrump's foreign policy threatens Republicans in midterms as war, tariffs push costs up - analysisCNN Türkİstanbul’dan Muş’a uzaktan ameliyat: Türkiye’de bir ilkPunchNigerians who don’t see progress need ‘Tinubu eyeglasses’ – Remi TinubuInquirer3 fishermen rescued after boat partially sinks off Palawan islandInquirer EntertainmentApl.de.ap says new EP is a ‘shoutout’ to leaders to care for the PhilippinesESPNTransfer rumors, news: Chelsea, Bayern, Barcelona battle for Brighton defenderZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioColliderChristopher Nolan's Best Crime Thriller Officially Leaves NetflixSouth China Morning PostThousands evacuated and flights grounded as Typhoon Champi hits eastern China01net« Les écrans tactiles pires que l’alcool au volant » : cette étude choc pointe du doigt les véhicules modernesالنهارمعبر الشيب بين العراق وإيران... لماذا أُغلق وما أهميته؟HipertextualCon este simple truco de Windows, olvídate de volver a “perder” el puntero del mouse
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

PRN Melaka: BN kekal pendirian beri 7 kerusi pada PN

Translate

Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan memperuntukkan tujuh kerusi tidak ditandinginya pada PRN Melaka kepada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat usaha untuk mendapatkan kerusi tambahan.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Zahid Hamidi, berkata keputusan itu telah dipersetujui menerusi perjanjian bersama dan pihaknya akan berpegang pada persetujuan berkenaan.

“Saya dengar ada usaha-usaha pengintaian itu, tetapi kita sudah ada bai’ah, perjanjian bahawa mereka diberikan peluang merangkul tujuh kerusi yang tidak ditandingi BN dan kita serah untuk pengagihan antara parti gabungan dalam PN.

“Setakat ini, itulah yang diputuskan dan kita pegang apa dipersetujui bersama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Ulul Albab, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan berkata PN berharap rundingan dapat diadakan bagi mendapatkan tambahan satu atau dua kerusi selain tujuh kerusi yang diumumkan sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan Zahid mengesahkan rundingan persefahaman politik dengan PAS telah dimuktamadkan, dengan BN akan bertanding di 21 kerusi manakala tujuh lagi diperuntukkan kepada PAS dan rakan politiknya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Okt sebagai hari penamaan calon, 10 Nov bagi pengundian awal dan 14 Nov hari pengundian PRN Melaka ke-16.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.