PunchAustralian WWE star Bronson Reed dies at 38Inquirer EntertainmentBea Millan-Windorski shows sisterhood by lending gown to Miss Universe Poland betScreen RantJosh Hutcherson Unveils Official Hunger Games Movie RankingESPN DeportesEstados Unidos golea 8-0 a El Salvador y clasifica al MundialVanguardGiving back is success secret mother taught me — DangoteEl ComercioRevisa el precio del dólar BCV hoy: ¿A cuánto va el tipo de cambio en el Banco Central de Venezuela?The Indian ExpressDelhi Confidential: BJP Morcha overhaul likely after Pusa meet; Parliamentary panel put off over low turnoutCBS NewsPower being slowly restored as heavy Thanksgiving storm easesGlobo EsporteSubiu! Vila Nova despacha o Atlético-GO e está na Série A após 41 anosHindustan TimesTamil Nadu’s Tirupparankundram hill sees CRPF deployment ahead of disputed lamp lightingSportstarIndia vs New Zealand, 2nd Test Day 2 LIVE score: Rahul, Pant carry visitor’s hopes; IND 84/3 (25)NHKニュース【速報中】フィギュアNHK杯 アイスダンスFDの演技始まる
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 28, 2026

You are reading Free Malaysia Today on KioskNews: newspapers from many countries on one stand, each linked to its original. What other papers report

Alice kembali buru Bawang Assan, berdepan Kevin Lau

Translate

Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, kembali memburu kerusi Bawang Assan yang gagal dimenanginya pada 2011 apabila berdepan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Kevin Lau, dalam pertembungan satu lawan satu.

Alice yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat menjadi calon DAP pada saat akhir selepas PKR mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak sekali gus membuka laluan kepada parti itu merebut kerusi berkenaan.

Kevin, ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula mengambil alih tempat Wong Soon Koh yang menguasai Bawang Assan sejak DUN itu diwujudkan pada 1991.

Wong mengumumkan persaraannya pada 22 Nov lalu selepas meninggalkan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Bagi Alice, pertandingan kali ini memberi peluang untuk menebus kekalahan lalu selepas kalah kepada Wong, yang ketika itu mewakili SUPP pada PRN 2011.

Beliau turut pernah bertanding di kerusi Pujut pada PRN 2021 tetapi gagal memenanginya.

Wong, 84, adalah pemimpin SUPP sebelum dipecat pada 2014. Beliau kemudian menubuhkan Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang mesra Barisan Nasional (BN).

UPP dijenamakan semula sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada 2018 sebelum bertanding sebagai parti pembangkang dalam PRN 2021.

Sepanjang tempoh itu, Wong berjaya mempertahankan Bawang Assan, manakala beberapa percubaan SUPP merampas semula kerusi tradisinya gagal.

PSB kemudian dibubarkan dan diserap ke dalam PDP, komponen GPS, pada 2024.

Wong meninggalkan PDP awal minggu ini di tengah-tengah spekulasi GPS akan terus memperuntukkan kerusi Bawang Assan kepada SUPP.

Perkembangan itu berlaku meskipun Wong sebelum ini memberi bayangan Ketua Pemuda PDP, Joshua Ting, bakal menggantikannya sebagai calon di kerusi berkenaan.

Bawang Assan adalah kerusi campuran dengan Cina membentuk 46.9% daripada keseluruhan pengundi, diikuti Bumiputera bukan Islam (45.7%) dan Bumiputera Islam (6.9%).

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.