PunchObi: I’ll spend holidays in Zamfara, Borno if electedESPN Deportes¿Por qué se celebra el Gran Premio de Bahréin de F1 en Malasia?InquirerTrillanes off witness list in VP trial, cites ‘pressure’ on teamESPNBrowns best Steelers on TNF to take lead in AFC NorthDaily MaverickEritrea severs diplomatic ties with Ethiopia after Addis Ababa orders closure of embassy in Asmara한겨레한국 테니스 12년 만의 금메달 도전 무산…남지성-박의성, 남자 복식 ‘은’CNN TürkALTIN FİYATLARI 2 EKİM 2026 CANLI: Bugün Gram, Çeyrek, Cumhuriyet Ne Kadar? Kapalıçarşı Altın Fiyatları Ne Durumda?SözcüAKP’li isimden eski SPK başkanına sert sözler: "Bunu bir güzel döveceksin"Daily MailGrieving Gypsy-Rose Blanchard speaks out after ex fiance's sudden death as she claims he was 'relentlessly cyberbullied' before passing and makes vow to their daughterCNN بالعربيةسوريا ترد على تدوينة عن إجراء محادثات مباشرة مع حزب الله في تركياسكاي نيوز عربيةاليمن.. القوات الحكومية تشن 20 غارة على أهداف حوثية في تعزVarietyBen Affleck’s ‘Animals’ Cast Wants Him to Run for Office: ‘Maybe They Hate Me’
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, October 2, 2026

Siasatan awal dapati pembantu juruterbang Flydubai ‘serang’ kapten

Translate

Siasatan awal berhubung insiden sebuah pesawat Flydubai mendarat cemas di Arab Saudi mendapati pembantu juruterbang menyerang kapten pesawat ketika penerbangan sehingga kedua-duanya cedera, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian itu memaklumkan siasatan awal dijalankan pihak berkuasa Arab Saudi dengan penyertaan pasukan keselamatan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Penerbangan Flydubai FZ1073 yang sepatutnya terbang dari Dubai ke Tel Aviv diberikan kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas pada Rabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Sultan bin Abdulaziz di Tabuk.

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada 9.45 pagi waktu tempatan dengan membawa 174 penumpang dan lapan kru.

Pihak berkuasa Arab Saudi memberikan bantuan yang sewajarnya, menurut kementerian itu.

Kira-kira 5.40 petang, semua penumpang meneruskan perjalanan dengan pesawat gantian Flydubai, manakala kru yang lain kembali ke Dubai menerusi penerbangan lain yang dikendalikan syarikat penerbangan itu, menurut kenyataan berkenaan.

Kementerian itu memaklumkan kapten dan pembantu juruterbang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan berdasarkan penilaian terhadap keadaan kesihatan mereka.

Selepas keadaan kesihatan mereka bertambah baik dan mendapat kebenaran daripada pasukan perubatan untuk melakukan perjalanan, kedua-dua juruterbang itu meninggalkan Arab Saudi menuju ke Abu Dhabi pada awal Khamis dengan diiringi pasukan keselamatan UAE, menurut kementerian itu.

Flydubai sebelum ini memaklumkan bahawa ‘pertengkaran berlaku di kokpit’, sebelum kru memastikan pesawat berada dalam keadaan selamat dan melencongkannya ke Arab Saudi.

Pegawai lapangan terbang memaklumkan kapten dan pegawai pertama cedera serta dibawa ke hospital susulan kejadian itu. Semua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan tiada yang hilang.

Pusat Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Arab Saudi sebelum ini memaklumkan pasukan siasatan keselamatannya telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu dan sedang menyelaras dengan pihak berkuasa bagi menentukan keadaan yang membawa kepada kejadian berkenaan, meneliti aspek keselamatan penerbangan serta mengumpul maklumat dan bukti berkaitan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.