ESPN DeportesRays supera a Yankees para ganar título del EsteDaily MaverickZelensky says Russia planning new mass attack on UkraineInquirerPolice: No fatalities in Sept. 21 martial law protestsThe Jerusalem PostIDF detains 14 HaBashan Pioneers attempting to infiltrate into Syria, establish settlementsESPNOhtani 'considerably' healthier, expected back in Dodgers' lineup Wednesday한겨레교도소 혐오·기피는 옛말…제천·보은 유치전, 영덕 검토 중Straits Times SportItaly football hopes for new dawn under returning ManciniSportstarIndia A vs Australia A, 1st unofficial Test, Day 2: Live score and updates from Puducherry; Kotian departs as Australia A strike early on Day 2The Indian ExpressOpenAI expands GPT-6 lineup with cheaper Sol and Luna modelsالنهارإيران تقدّم "شروط إنهاء الحرب" لواشنطن... ماذا تضمّنت؟Premium TimesUK joins call to limit UN Security Council vetoسكاي نيوز عربيةاكتمال الاستعدادات لانطلاق "خليجي 27"
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 23, 2026

Polis teramai dapat ganjaran lapor rasuah, kata SPRM

Translate

Polis menjadi kumpulan penjawat awam terbesar menerima ganjaran daripada kerajaan susulan tindakan melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah, dalam tempoh 2012 hingga 2025, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keseluruhannya, kerajaan memberikan ganjaran RM1.18 juta kepada 652 penjawat awam sebagai menghargai tindakan sedemikian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman, berkata polis antara empat agensi utama mencatat bilangan penerima pengiktirafan tertinggi.

Bagi polis, seramai 437 individu menerima pengiktirafan, manakala imigresen (64), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (33) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (21).

“Antara kes berprofil tinggi ialah penolakan tawaran rasuah bernilai RM200,000 oleh seorang pegawai polis di Perlis susulan kes rampasan syabu seberat 1.8 tan, selain kes penolakan suapan RM45,000 di Johor,” katanya menurut Kosmo.

Abd Halim berkata, bagi siri penilaian 2026 pula, seramai 54 calon penjawat awam daripada empat agensi penguatkuasaan dikemukakan oleh pihak sekretariat untuk penilaian.

Katanya, ia membabitkan polis dengan 38 calon, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) (12), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) (3), dan imigresen (1).

“Penilaian tahun ini membabitkan 30 kertas siasatan dengan jumlah nilai rasuah yang cuba disogokkan mencecah RM304,621. Semua calon yang dinilai melepasi proses tapisan keutuhan SPRM dan semakan rekod jenayah polis bagi memastikan mereka memenuhi kelayakan ditetapkan.

“Daripada jumlah itu, seramai 529 individu diperaku menerima ganjaran berserta sijil, manakala 123 individu diperaku menerima sijil penghargaan,” katanya.

Beliau berkata, penjawat awam yang dicalonkan perlu membuat aduan rasmi mengenai pemberian atau penerimaan rasuah, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat SPRM sehingga perbicaraan kes di mahkamah selesai.

“Inisiatif pemberian ganjaran ini diperluaskan bukan saja terhad kepada agensi penguatkuasaan, malah kepada seluruh sektor perkhidmatan awam, khususnya pegawai di bahagian perolehan supaya tampil berani menyalurkan maklumat bagi membendung kegiatan rasuah.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.