ESPN DeportesBarça: "Julián Álvarez es el pasado", dice DecoPunchItori plant drives Dangote Cement’s export expansionESPNFollow live: Penix finds Hooper for TD as Falcons extend lead over PackersThe Jerusalem PostPezeshkian says he met with Khamenei face to face, supreme leader healthy, giving direction한겨레‘억대 수익’ 탈세 유튜버 17명, 지난해 239억 추징당했다InquirerFrom Araneta to Baguio: Blessed Fulton Sheen’s ties to PHUOLParticipante do 1º pleito com voto feminino no Brasil, eleitora de 100 anos tende a votar em LulaSözcüAllah’a emanet yaşıyoruzG1Veja o que fizeram os candidatos ao governo do AM nesta quinta-feira (24)ABC News (Australia)Thousands of Queensland child safety workers to walk off the jobSportstarAsian Games 2026 Live Updates, Day 7: India confirms mixed doubles medals in table tennis and squash; Suruchi-Kamaljeet qualify for 10m air pistol mixed team final; badminton scoresLa NaciónTrabajaba con su tractor, detectó algo que brillaba en la tierra y lo que encontró le cambió la vida para siempre
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, September 25, 2026

Malaysia perbaharui ikrar USD1 juta kepada UNRWA

Translate

Malaysia memperbaharui komitmennya sebanyak USD1 juta (RM4.08 juta) kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin untuk tempoh 2026-2030.

Menteri Luar Mohamad Hasan, berkata Malaysia menyumbang sekitar USD6.7 juta (RM27.4 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) sepanjang lima tahun lalu.

Beliau menyeru negara anggota lain yang ‘berkeupayaan berbuat demikian’ supaya meningkatkan sokongan mereka terhadap UNRWA, sambil menyatakan pembiayaan mampan dan boleh dijangka cukup penting bagi agensi itu melaksanakan mandatnya.

“Di seluruh rantau berkenaan, agensi itu (UNRWA) terus menyediakan bantuan asas, perlindungan, dan perkhidmatan kepada jutaan pelarian Palestin.

“Ia merupakan talian hayat yang mesti terus beroperasi tanpa sebarang halangan,” katanya pada Mesyuarat Peringkat Menteri Bagi Menyokong UNRWA di sela-sela Perhimpunan Agung PBB ke-81.

Malaysia merupakan penyumbang tetap UNRWA sejak 1978 apabila membuat komitmen lima tahun pertama sebanyak USD1 juta bagi tempoh 2021-2025, namun telah meningkatkan sokongannya secara signifikan berikutan tercetusnya perang Gaza, dengan menyumbang lebih USD6 juta kepada agensi berkenaan, sejak November 2023.

Mohamad turut menggunakan platform sama mengecam pencerobohan dan rampasan Pusat Latihan Qalandia oleh Israel, dengan menyatakan premis PBB tidak boleh dicabuli dan keistimewaan serta kekebalannya mesti dihormati.

Beliau menyeru Majlis Keselamatan melaksanakan resolusi PBB sedia ada mengenai Palestin, dan menegaskan undang-undang antarabangsa, Piagam PBB serta keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ‘mesti ditegakkan’.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.