The Jerusalem PostHouthis reiterate warning against airlines, travelers using Saudi airports after attack kills 12InquirerCandon City gives diesel subsidy to rice farmers amid El Niño threatESPNReal or not: Fury to KO Joshua? Dubois-Wardley 2 a classic? Garcia-Haney 2 next?Inquirer EntertainmentSarah Lahbati says Barbie doll ‘ganda lang,’ Annabelle scarierPunchEPL: Man City brace for hostile Liverpool crowd after guilty verdictCNN TürkSüper Lig'in en iyisi İrfan Can Kahveci oldu한겨레라이칭더 “평화 소중하지만 자유 포기 안 해”…미-중 대화엔 “환영”Capital FMOluga Challenges JOOTRH Staff to Improve Patient Care Amid Public ComplaintsUOLAtaque de houthis interrompe operações no maior aeroporto da Arábia Saudita durante congresso mundialSky TG24Elio al Next generation fest: "Essere perfetti è antipatico"ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGhaflaPresident Ruto Directs Agriculture Ministry To Import High-Yielding Dairy Camels And Buffaloes
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 11, 2026

RCI bukan penentu LCS siap segera, kata Khaled

Translate

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap isu kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia bukan penentu penyiapan segera aset pertahanan negara itu.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata pembuat kapal diminta menyegerakan kerja berkaitan dan memastikan isu kelewatan tidak berulang lagi.

“Soal kapal LCS 1 yang ada sekarang, siap atau tidak bukan bergantung pada RCI, ia soal lain. Kalau begitu nanti, tidak siap jugalah kapal itu. Jadi, sebab itulah kami minta pembuat kapal sekarang menyegerakan kerja dan memastikan tiada lagi kelewatan.”

Beliau berkata demikian selepas Program Tuaian Pertama Halia KayTi JanaVeteran dan Pelancaran JanaKomuniti di Ladang Telok Sengat serta Felda Air Tawar di sini.

Khaled mengulas gesaan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim supaya siasatan berkaitan projek LCS dipercepatkan dan tidak bergantung kepada RCI susulan Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 yang mendapati projek LCS lewat 7.55% daripada jadual sehingga 25 Jun lalu.

Lumut Naval Shipyard (Lunas), syarikat yang bertanggungjawab membina LCS 1 untuk Malaysia, menetapkan April 2027 sebagai tarikh baharu penyerahan kapal itu bagi Fasa 1.

Tarikh baharu itu ditetapkan selepas Lunas memaklumkan pihaknya tidak dapat memberikan komitmen dan jaminan sebelum ini bahawa LCS 1 boleh diserahkan pada Disember ini.

Khaled ketika mengulas aspek siasatan berkata, perkara itu sewajarnya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pihak berkuasa berkaitan.

Beliau turut merujuk tindakan mahkamah yang pernah dikenakan terhadap bekas panglima Tentera Laut yang juga pernah memegang jawatan bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd berkaitan projek LCS.

Dalam pada itu, Khaled berkata, kerajaan sedang berunding dengan beberapa negara disenarai pendek bagi mendapatkan pembekal peluru berpandu permukaan-ke-permukaan buat LCS 1 untuk menggantikan Naval Strike Missile dari Norway.

Jelasnya, perolehan itu tidak bergantung kepada peruntukan Belanjawan 2027 dan kementerian mahu memastikan LCS 1 tidak mengambil masa terlalu lama untuk dilengkapi sepenuhnya.

Menurutnya, ketika ini, kapal itu mempunyai peluru berpandu permukaan-ke-udara, keupayaan permukaan-ke-bawah permukaan serta sistem jamming elektromagnetik, dengan peluru berpandu permukaan-ke-permukaan menjadi kelengkapan yang belum dimiliki.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.