InquirerLTFRB summons bus operator over fatal Manila crashESPN DeportesChivas manda mensaje rumbo al Clásico tras golear a PumasESPN😈 Bills' Houston-themed jabs top Week 1 trollsDaily MaverickSaudi Civil Defense lifts warnings of potential danger in four citiesThe Jerusalem PostTrump dismisses report China entities helped Iran before attack that killed US troopsThe Hollywood ReporterZack Snyder’s ‘The Last Photograph’: First ReactionsCNN TürkHava Durumu (14-09-2026)SözcüÇeşme veya Antalya değil: Türkiye'nin balayı rotası değiştiWirtualna PolskaSondażowa dominacja Le Pen. Liderka skrajnej prawicy mknie do II turyNew Straits TimesFederal govt allocates rm1.46 bln for eight flood mitigation projects in MelakaEl ComercioTemblor en México EN VIVO hoy, 13 de septiembre 2026: hora exacta, magnitud y dónde fue el epicentro del último sismo vía SSNRapplerLIVE UPDATES: First BARMM parliamentary elections
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, September 14, 2026

Jamil Khir didakwa lupus harta TH RM860 juta

Translate

Jamil Khir Baharom

Jamil Khir Baharom didakwa melakukan kesalahan itu antara 3 April 2015 hingga 17 Ogos 2017 di pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya.
KUALA LUMPUR:

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Jamil Khir Baharom, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan menyebabkan pelupusan dana Tabung Haji (TH) berjumlah RM860.3 juta.

Beliau didakwa melupuskan harta berkenaan dan memindahkannya kepada Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd antara 3 April 2015 hingga 17 Ogos 2017, di pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Putrajaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda dan penjara antara enam bulan hingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama, Jamil didakwa secara tidak jujur menyebabkan TH melupuskan RM42,942,074, bersamaan 44.17 juta riyal Arab Saudi, kepada Al-Rawda, pada 3 April 2015.

Pertuduhan kedua menyebut beliau secara tidak jujur menyebabkan TH melupuskan RM288,172,134.64, bersamaan lebih 250 juta riyal Arab Saudi, kepada Al-Rawda pada, 14 Dis 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, Jamil didakwa secara tidak jujur menyebabkan TH melupuskan RM529,194,561.87, bersamaan lebih 471 juta riyal Arab Saudi, kepada Al-Rawda, pada 17 Ogos 2017.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 5 Nov bagi pengurusan kes.

Jamil diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, manakala Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusof Khan bertindak bagi pihak pendakwaan.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.