PunchUK buys £1bn Nigerian oil as Dangote refinery expandsThe Jerusalem PostArkia employees scramble to find rival investor by Monday to counter $45 million sale dealZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioBBC عربيترامب يدرس تعليق الضربات على إيران، ونتنياهو يتعهّد بـ"محو التهديد الإيراني للأبد"New Straits TimesData centre growth must not compromise sustainability매일경제국산 인삼 씨앗 3600㎏ 중국에 밀수출…농가 피해 입힌 70대RapplerLIVE UPDATES: 49th ASEAN Summit in ManilaDaily MailMarc Anthony, 58, steps out with much younger model wife Nadia Ferreira, 27, after welcoming eighth childRFICOP31: plusieurs milliers de personnes manifestent pour faire converger droits humains et justice climatiqueSportstarIndia vs New Zealand LIVE score: IND 0-0 NZ; Ryan Williams, Chris Wood start; Latest updates from 2nd international friendlyANSA Sport++ Wta Finals: Errani e Paolini volano in finale, battute Guo e Mladenovic ++ESPN DeportesMora y Quiñones maquillan derrota de México ante Jamaica
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 15, 2026

Puad cadang BN adakan PRN Pahang, Perak selepas ini

Translate

Seorang bekas pemimpin Umno mencadangkan Barisan Nasional (BN) membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perak selepas ini bagi membolehkan PRN baharu diadakan di kedua-dua negeri yang masih ditadbir BN bersama Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Puad Zarkashi, berkata kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN) terbukti berkesan berdasarkan kemenangan besar gabungan itu dalam PRN Melaka semalam.

Puad berkata, kerjasama itu pada awalnya dilihat berdepan halangan apabila BN bertegas mahu bertanding sekurang-kurangnya 21 kerusi. Namun, keputusan PAS untuk memenuhi tuntutan BN membuahkan hasil apabila parti Islam itu tetap berjaya memenangi dua kerusi yang dianggap sukar.

“Justeru amat wajar DUN Pahang dan Perak bubar untuk menoktahkan kerajaan BN-PN memerintah di dua negeri kerajaan perpaduan itu,” katanya di Facebook.

BN memenangi 21 kerusi dalam PRN Melaka semalam, sekali gus memperoleh majoriti dua pertiga dengan kekuatan sendiri, manakala PN menambah tiga lagi kerusi kepada gabungan itu.

DAP pula memenangi baki empat kerusi untuk PH.

PN sebelum ini menyatakan hasrat untuk memperluas kerjasamanya dengan BN di seluruh negara menjelang PRU akan datang, meskipun terdapat tentangan di Pahang dan Perak.

Dua bulan lalu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga naib presiden Umno, berkata BN mampu mempertahankan negeri itu sama ada bekerjasama dengan PH atau PN, mahupun bertanding secara solo.

Seorang perwakilan Umno Perak pada perhimpunan agung parti itu sebelum ini juga memberi amaran bahawa kerjasama BN-PN boleh melemahkan kedudukan Umno di negeri berkenaan.

Dalam PRU 2022, BN dan PN masing-masing memenangi 17 kerusi DUN di Pahang, manakala PH memperoleh lapan kerusi. BN kemudiannya bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan negeri Pahang, dengan Wan Rosdy dilantik semula sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

Di Perak, BN hanya memenangi sembilan kerusi DUN pada 2022, namun pemimpin Umno Saarani Mohamad dilantik semula sebagai menteri besar selepas membentuk kerajaan negeri bersama PH, yang memenangi 24 kerusi. PN pula mempunyai 26 kerusi dalam DUN Perak.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.