Inquirer78-year-old Piston member hospitalized while leading transport strikePunchMorning recap: Workers threaten October strike, Igbo traders urged to move beyond Chinese competition, Obi praised for supporting El-Rufai, other top storiesCNN Türkİsmail Kartal'dan yeni düzen: Fenerbahçe'de beklenen isim Marco AsensioESPNTransfer rumors, news: USMNT defender Richards to move to Inter?Bollywood HungamaVashu Bhagnani hospitalised in London amid Income Tax searches at 12 locations linked to him, Rakul Preet Singh, and Panorama Studios: Report한겨레두눈 크게 뜨고 봐야 할 종교Daily MailIsraeli PM Netanyahu holds emergency meeting as passenger flight heading to Tel Aviv mysteriously diverts to Saudi ArabiaХабрТысяча INSERT в логах и get_or_create под гонкой: как мы ускорили запись в Djangoالنهارلبنان… معركة الحياة اليوميةVanguardMan sues EFCC over wanted-person declarationWirtualna PolskaKrwawa noc w Lubinie. 18-latek rzucił się z nożem na dwie osobyکیهان لندنبرتری دریایی آمریکا در تنگه هرمز؛ صادرات نفت در خلیج‌ فارس به ۷۲ درصد رسید
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, September 30, 2026

Guan Eng gesa SPRM siasat belanja lebih peruntukan kementerian Zahid

Translate

Penasihat DAP Lim Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan perbelanjaan berlebihan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Lim berkata perkara ini sama seperti tindakan terhadap pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang meluluskan suntikan dana sebanyak RM260 juta kepada UiTM Holdings Sdn Bhd tanpa kelulusan menteri kewangan, seperti yang didedahkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

SPRM kini sedang menyiasat kerugian UiTM Holdings pada 2023.

Lim berkata memandangkan SPRM sedang menyiasat UiTM Holdings, agensi antirasuah itu juga harus menyiasat dakwaan perbelanjaan melebihi bajet kementerian yang diterajui Zahid itu.

Bekas menteri kewangan itu berkata sekiranya SPRM tidak mengambil tindakan kerana kedudukan Zahid, maka ia amat tidak adil kepada UiTM.

“Zahid dan kementeriannya harus dikenakan tindakan kerana membenarkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan.

“Tindakan ini bagi menghindari kementerian-kementerian lain mengulangi kesalahan serupa yang boleh memudaratkan khazanah dan kestabilan kewangan negara,” kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan.

Awal bulan ini, Zahid meluahkan rasa kecewa berhubung kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek kementerian, sambil berkata ada antara mereka terpaksa gulung tikar akibat masalah aliran tunai.

Presiden Umno itu berkata beberapa kontraktor di bawah kementeriannya masih menunggu pembayaran walaupun telah menyiapkan kerja dan mencapai peringkat kemajuan projek seperti ditetapkan.

Pada hari berikutnya, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican berkata kontraktor yang mengendalikan projek pembangunan luar bandar berdepan kelewatan pembayaran kerana sebahagian besar peruntukan kementerian bagi jalan luar bandar pada tahun ini telah pun dibelanjakan.

Johan berkata kementerian itu secara konsisten berbelanja melebihi peruntukan yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan RM1.8 bilion dibelanjakan pada 2023 berbanding peruntukan yang diluluskan sebanyak RM1.1 bilion, RM2 bilion pada 2024 berbanding RM1.3 bilion, dan RM2.3 bilion pada 2025 berbanding RM1.6 bilion.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian mengarahkan kedua-dua kementerian supaya berbincang dan menyelesaikan isu itu secara baik.

Lim berkata perbelanjaan kementerian itu dari 2023 hingga 2025 mengumpulkan lebihan perbelanjaan berjumlah RM2.1 bilion, yang disifatkannya bukan satu jumlah yang kecil.

“Ini perbuatan tidak bertanggungjawab kerana melanggari prosedur dan tatacara kewangan sedia ada, yang boleh mengundang penguatkuasaan undang-undang berkaitan,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Guan Eng gesa SPRM siasat belanja lebih peruntukan kementerian Zahid — KioskNews