ESPNFollow live: Ramirez's error paves way for Rays' rallyESPN DeportesOhtani estará en alineación de Dodgers en J3 vs. BrewersPunchTinubu has done more for North — YilwatdaThe Jerusalem PostIDF chief vows to apply October 7 lessons, pledges to pursue Israel's enemies at military ceremonyCNN TürkKırmızı bültenle aranan cinayet şüphelisi Mardin’de yakalandı한겨레“부가 흘러나가는 도시에서 머무는 도시로”…부를 쌓는 해법 찾다UOLPGR diz que não há evidências de que Mendonça foi alvo de arapongagem por cúpula da PFZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioEl ComercioTemblor en Chile hoy, martes 13 de octubre: hora exacta, epicentro y magnitudReality Blurred3 new reality competitions, including Assassin, and 2 revivals中国新闻网A股开盘:超3400只个股飘绿,三大指数集体低开La NaciónMurió Netinho, el artista detrás de la exitosa canción “La isla del sol”
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 14, 2026

Lewat siap tak semestinya usang, kata penganalisis berkait LCS

Translate

Kapal tempur pesisir (LCS) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2035 tidak semestinya usang jika sistem dan teknologinya terus dinaik taraf mengikut perkembangan ancaman ketenteraan, kata penganalisis pertahanan.

Zaki Salleh

Zaki Salleh.

Zaki Salleh berkata, walaupun sebahagian sistem asal mungkin kurang relevan menjelang tempoh itu, keadaan tersebut tidak bermakna kapal berkenaan hilang nilai operasinya.

“Ya, ada kemungkinan sebahagian sistem asal tidak lagi berada pada tahap paling relevan ketika itu (2035), namun ini tidak bermakna LCS akan menjadi usang secara automatik,” katanya kepada FMT.

Pada 7 Okt lalu, Ahli Parlimen Kampar Chong Zemin mempersoalkan sama ada LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih mampu memenuhi keperluan pertahanan apabila mencapai keupayaan operasi penuh, kira-kira 24 tahun selepas projek itu diluluskan pada 2011.

Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 dikeluarkan 5 Okt lalu mendapati kapal pertama, LCS 1 mungkin hanya dapat beroperasi sepenuhnya pada Disember 2035.

Zaki berkata, kapal perang moden lazimnya mempunyai hayat perkhidmatan antara 30 hingga 50 tahun, dengan sistem radar, komunikasi, persenjataan dan peperangan elektronik boleh diganti atau dinaik taraf.

Katanya, LCS perlu dilengkapi sistem radar, sensor dan pengurusan tempur yang mampu mengikuti perkembangan ancaman, termasuk serangan dron.

“Kapal itu juga perlu dihubungkan dengan rangkaian pertahanan bagi membolehkan perkongsian maklumat dengan kapal TLDM lain, pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dron,” katanya.

Mizan Aslam

Mizan Aslam.

Bagaimanapun, Felo Kanan Global Peace Institute, Mizan Aslam, berkata kelewatan projek itu meningkatkan risiko teknologi LCS ketinggalan berikutan perkembangan pesat teknologi ketenteraan termasuk kecerdasan buatan (AI).

“Perubahan daripada sudut teknologi maklumat dan komunikasi, kemudian pergi kepada AI dan Revolusi Perindustrian 5.0, menjadikan perubahan sangat ketara dan cepat,” katanya.

Mizan turut mempersoalkan kemampuan LCS menampung teknologi dan persenjataan baharu, termasuk kapasiti membawa peluru berpandu yang menurutnya terhad kepada kira-kira 16 unit pada satu-satu masa.

Zaki berkata, selain isu teknologi, kelewatan projek menyebabkan TLDM perlu bergantung lebih lama pada kapal sedia ada, sekali gus menambah tekanan terhadap operasi, penyelenggaraan dan sumber manusia.

Mizan pula memberi amaran kekurangan aset boleh menjejaskan keupayaan Malaysia mempertahankan perairannya sebagai sebuah negara maritim.

Bagi mengisi jurang keupayaan sementara menunggu LCS mencapai kemampuan penuh, Zaki mencadangkan kerajaan mempercepat perolehan kapal misi pesisir (LMS) batch 3 yang dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Katanya, sekurang-kurangnya tiga kapal LMS perlu diperoleh, dengan jumlah itu boleh ditingkatkan kepada lima jika kemampuan kewangan mengizinkan.

“Memang LMS tidak menggantikan sepenuhnya keupayaan LCS, tetapi penambahan kapal mampu memberikan fleksibiliti operasi kepada TLDM,” katanya.

Beliau turut menggesa TLDM memperkemas penyelenggaraan dan naik taraf kapal sedia ada serta memperkukuh keupayaan perisikan, pengawasan dan peninjauan maritim.

Mizan pula mencadangkan kerajaan menilai semula kaedah perolehan aset pertahanan, termasuk mempertimbangkan pembelian kapal siap daripada pengeluar bagi mengurangkan risiko kelewatan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.