Akmal lawan PH di Merlimau

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berdepan saingan dua penjuru menentang Pakatan Harapan (PH) di Merlimau.
Beliau dicabar Rahayu Hamzah daripada Amanah.
Kerusi berkenaan terdiri 70% pengundi Melayu, diikuti pengundi Cina (17%), dan India (11%).
Akmal menang Merlimau pada 2021 dengan majoriti 3,248 undi, sekali gus mempertahankan kubu kuat Umno-BN.
Beliau kemudiannya dilantik exco portfolio kesihatan, sebelum dipindahkan ke portfolio pembangunan luar bandar, pertanian dan keterjaminan makanan, pada 2023.
Akmal menjadi ketua Pemuda Umno pada 2023 selepas menewaskan tiga pencabar bagi jawatan itu.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.