InquirerPanelo: ‘Dark horse’ could replace Sara Duterte in 2028ESPNCan Ravens win big with Tyler Huntley? Are the Vikings legit? Big questions, lessons from NFL Week 5ESPN DeportesRavens no extrañaron a Lamar y vencieron a domicilio a Falcons en tiempos extraThe Jerusalem PostNorth Korea launches multiple ballistic missiles, South Korea saysDaily MaverickPOWER GUZZLERS OP-ED: Big Tech or public good? What Cape Town’s data centre battle means for residentsInquirer EntertainmentThai bet crowned Miss Asia Pacific International한겨레경찰청장 대행 “한동훈 딸 의혹, 새 사실 드러나면 재수사 검토”Bollywood HungamaRamayana to release in nearly 40 languages worldwide; Namit Malhotra and team mount an unprecedented overseas releaseZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioCNN Türk12 EKİM BUGÜN HAVA DURUMU: İSTANBUL, İZMİR, ANKARA | Sıcak ve güneşli hava yerine sağanak geliyor!النهاردراسة جديدة تكشف عيوباً خفية في أشباه الموصلات عبر تحليل الضوءRMF24Dwie osoby nie żyją. Wieczorna tragedia w Gdyni
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, October 12, 2026

23 kawasan catat IPU tak sihat, selatan Semenanjung paling terjejas

Translate

Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, dengan negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia terus menjadi kawasan paling terjejas akibat jerebu.

IPU tertinggi dicatatkan di Kota Tinggi (170), Johor, manakala kawasan lain di negeri itu turut terus berdepan jerebu, iaitu Pasir Gudang (169), Pengerang (164), Larkin (159), Tangkak (155), Batu Pahat (152) dan Kluang (152).

Di Negeri Sembilan, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Seremban (166), Nilai (164) dan Port Dickson (152), manakala Pahang melaporkan kualiti udara yang sama di Balok Baru (162), Rompin (157) dan Indera Mahkota (130).

Terengganu turut terjejas dengan bacaan 156 di Kemaman di Paka (155) dan Kuala Terengganu (151).

Di Lembah Klang, IPU kekal pada tahap tidak sihat di Putrajaya (151), Cheras (127) dan Johan Setia (123). Melaka mencatatkan bacaan IPU yang sama di Bukit Rambai (154), bandar Melaka (117) dan Alor Gajah (107).

Serian turut mencatatkan bacaan tidak sihat (116).

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan lebih 300 dikategorikan bahaya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.