10 maut lori terjunam sungai di Uganda

Sekurang-kurangnya 10 maut, manakala empat lagi parah selepas selepas sebuah lori terjunam ke sungai di daerah Zombo, barat laut Uganda pada Khamis, lapor Xinhua.
Lori yang membawa guni berisi tepung ubi kayu serta peniaga pulang dari pasar tempatan itu hilang kawalan di Jambatan Nyagak sebelum terjunam ke Sungai Nyagak kira-kira 10 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Polis Wilayah West Nile, Josephine Angucia dalam kenyataan.
“Malangnya, apabila tiba di Sungai Nyagak, pemandu hilang kawalan terhadap kenderaan itu ketika berada di jambatan sebelum terjunam ke sungai. Polis bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa dan individu terselamat serta mengendalikan lokasi kejadian secara profesional,” kata Angucia.
Empat mangsa parah terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, katanya.
Menurutnya, penyelam masih mencari di sungai itu bagi mengesan individu lain serta mayat dipercayai terperangkap di bawah air.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.